Showing posts with label tips. Show all posts
Showing posts with label tips. Show all posts

Monday, May 16, 2011

Tips Jika Idea Blogging Sudah Mula Kekeringan ?


" nak tulis ape kat belog ni ? "

" awak ! kenape lame tak update belog ? "

" weyh belog kau dah bersawang dah weyhhh ? "

 ehem-ehem .

 uolls pernah tak dihantui dengan persoalan seperti di atas ni ?

di mana secara tetiba idea blogging uolls tetiba lost . rase macam otak ni kosong jep ? takpun banyak idea tapi tiba nak menaip takde satu perkataan yang boleh terkeluar . lassie selalu dihantui weyhhh ! dan2 tu rase macam nak private kan belog , nak buang belog , nak letak jawatan sebagai blogger yang berjaye . tapi ingat itu bukan jalan penyelesaian yek kawan-kawan ! #ayatpoyo dah keluar :P

well, lassie nak kongsi tips-tips yang lassie amalkan jika idea blogging dah mula keringgggg . jangan gelak dengan ayat poyo okeyh ? entry ni memang nak poyo-poyo sikit ! HA HA HA HA

okeyh mari kite tengok apekah tips-tips tersebut . ( jangan gelakkkk ! )

1 ) tukar template
yes ! kekadang kita akan rase bosang (bosan) dengan template yang ade . yelah , bayangkan dari tahun 2009 hingga lah ni guna template tu . tentulah bosan kan ? dan jika tak nak tukar template 100% tapi kite boleh ubah dari segi font ker , color ker . sebab tu mempengaruhi semangat kite nak berblogging . serius ! biasalah manusia , benda baru semangat lebih kan ? *cakap depan cermin .

2 ) blogwalking
ini salah satu untuk kite mencetuskan idea baru . serta dapat meluaskan minda kita. serta kite dapat tawu ape gossip atau trend sekarang dikalangan blogger-blogger. auuuwwww . eh, tapi jangan nak blogwalking ke belog kite sendiri jep okey ? pusing-pusing dok tengok belog kite . pastu puji sendiri , lawonye belog aku ni . chooooi doh ! aku lettteww . kantoi !

3 ) ambil idea orang
di sini jangan salah paham pulakk , yelah kau pegi copy satu entry mentah-mentah lepas tu paste kat belog kau . dan bukan lahh suruh ambil segala maklumat orang lain . hamboooi mudah sungguh keje kau yek ? ambil idea orang lain tu ialah contohnya , si A buat kisah tentang permainan zaman kanak-kanak . kamu jangan tiru entry beliau tapi sebaliknya kamu buat entry lain tentang kenangan manis zaman kanak-kanak . see ? tak tiru kan ? tapi idea yang same .

4 ) rajen baca belog gossip atau news online
ini salah satu untuk menambahkan idea baru . banyakkan baca belog gossip atau news online atau belog yang berunsurkan maklumat atau info . lepas tu kau ulas ape yang kau bace tu dalam entry kau . senang kan ? siap satu entry ? kan ?

5 ) tempoh tak update hanya 3hari
paham tak maksudnye di sinie , jika kamu terase kering sangat takde idea . jangan sampai belog terbiar sampai 3 hari . kerana dasar pengalaman jika melebihi 3hari , mood terbiar tu akan bertambah-tambah sehingga 5 hari , 7 hari dan seterusnya. melainkan jika memang ade hal yang lagi penting . blogger pun ade kehidupan jugak kan ? ye saye paham, bagosssss ! :)


* * *

k cukuplah hanya 5 point jep lassie bagi . point yang memang lassie pratikkan jika kekeringan idea . ade lagi tapi cukuplah 5 sahaja okeyyy ? kedekut lettewww . bukan kedekuttt . mane tawu nak ade part 1 part 2 kan ? selamat tak jawapan? HA HA HA

k lahh bai. renung-renungkan dan selamat beramal :)

Thursday, April 07, 2011

Chicken Pox Yang Meletop-letop !

hellooo sumorang !

chicken pox ? apakah itu ? sejenis makanan ? nyum3 .wak luuuu makanan . KAH KAH KAH ! okey serius . chicken pox yang dikenali dengan nama cacar air, jintungan atau bertih dalam bahasa melayunya adalah disebabkan oleh sejenis virus yang dinamakan virus varicella-zoster.

ia amat mudah berjangkit dan ia boleh berlaku pada semua peringkat umur. penyakit ini biasanya berlaku kepada kanak-kanak akan tetapi sekiranya ia berlaku kepada orang dewasa simptomnya akan lebih teruk berbanding kanak-kanak.

kenape dibold ayat tu ?

well, siapa yang mengikuti twitter lassie . mesty dah tawu lassie sedang mengalami chicken pox ni kan ? OMG ?! tak perlu nak bercakap kesiannye lassie , sebab lassie dah cukup kesian dengan diri sendiri . tskk T________________T

tempoh hari , ayeemayam kene sekarang giliran lassie pulok . memang betol-betol geng ayam lah gini kan ? bak kate cik maryam welcome to the chicken family! auww , kelas gitu !
antara pantang larang dan yang perlu dibuat ketika menghidap sakit chicken pox :
  1. jangan menggoreng ketika pesakit chicken pox berada di dalam rumah . nanti minyak yang meletop2 tu ibarat meletopkan bintik-bintik chicken pox  !
  2. jangan makan kicap ! kalau berparut akan menyebabkan kaler hitam tak boleh hilang .
  3. jangan kene hujan . ini paling pantang yek ? sebab boleh menyebabkan kesan parut yang berlekuk ataupun boleh menyeman aka meroyan :p
  4. jangan makan telur atau seafood iaitu makanan yang boleh menyumbang ke arah kegatalan
  5. jangan garu atau usik-usik bintik-bintik chicken pox nanti tinggalkan bekas dan parut
  6. minum air kelape untuk keluarkan semua chicken pox . untuk elakkan kena chicken pox kali kedua.
  7. kerap mandi . ekcili petua orang dulu-dulu cakap jangan mandi kan ? tapi jangan ikut sebab itu virus dan mesti mandi dengan sabun yang doc bagi. jangan pakai sabun biasa.
diet semasa terkena chicken pox? wahhh siap ade diet okey ? sumber diperolehi dari sini !

pemakanan memainkan peranan yang tidak kurang pentingnya dalam mempercepatkan proses pemulihan dan mengurangkan simptom penyakit.antara diet yang patut diamalkan semasa terkena penyakit ini ialah:
  1. kurangkan pengambilan buah-buahan sitrus seperti limau dan oren kerana buah-buahan ini mempunyai kandungan asid yang tinggi dan boleh menerukkan ruam dan kegatalan badan.
  2. banyakkan meminum air kerana ia dapat membantu mengawal demam dan menyingkirkan toksin badan.
  3. tingkatkan pengambilan sayur-sayuran kerana sayur-sayuran kaya dengan vitamin dan mineral yang penting dalam mengurangkan pembentukan ruam dan jangkitan. pengambilan karot amat digalakkan semasa terkena penyakit ini kerana ia terbukti membantu memulihkan pesakit daripada chicken pox.
  4.  jangan sesekali mengambil makanan rapu, makanan berminyak dan makanan bergula kerana kesemua makanan ini boleh menerukkan pembentukan ruam
k lah uolls, lassie nak layan cerita korea Witch Yoo Hee . bosan pulak dapat cuti panjang . *padahal nak bangga boleh senang lenang duduk rumah . hooooooooi ! senang lenang ape,  sakit ni wokkk !

eh kbai

    Monday, December 20, 2010

    Kawaii Memo Letter ♥

    hello sume :)

    yey ! header lassie ditukar lagi sekali dengan rakusnya . gambar sexy mantopp telah ditukar dengan gambar yang ala-ala comei memegang handphone kesayangan yang telah hilang . sooob rindu handphone tu lahhh ! bila rambut gulung mula jadi kusut ? ayat tu tak tawu terkeluar dari arah mane dan lassie suka kan nye ! ;P

    stop bercite pasal header, banner dan layout . nak muntah pulak rasanya . maken nak cantekkan maken huduh pulak jadinye . kan kan ? HAHAHA . whatever ! anyway , pagi tadi lassie telah pergi ke Pustaka Buku Kota untuk membeli keperluan pejabat . tiba-tiba !

    jeng jeng jenggggggg . lassie telah terjumpe sesuatu yang amat menarik ! apakah ? yeeyyy ! Kawaii Memo Letter . sweet sangat awww . hooooi,  kawaii tu ape lassie ? entah lahh , lassie pun tak tawu sangat . cik Ailyl Rozanna yang selalu cakap perkataan tu . terikut-ikut pulak . tapi lassie rase kawaii tu maybe maksudnya comei lahh kowt (betul tak cik ailyl kawaii ? ;p )

    Kawaii Memo Letter ♥
    MURAH ! RM2.00 unly :)

    tulis memo cintan di dalam terlebih dahulu 
    jangan lipat dulu otey ? :)

    sudah siap tulis, kite lipat mengikut  step oke !
    semudah melipat kain baju :p

    taraaa . sudah siap dilipat !
    i love you . you love me , so i can breath ^_^
    sila abaikan perkataan from : lassie hawt tu otey ! HAHA LOL

    posto posto ! ade memo untuk anda . heee ~

    amacam ? sweeeet tak ? auuuw ! besh kan ? agak-agak bos lassie terkejut tak kalau lassie tulis pakai memo letter ni untuk urusan kerja . hamboooi kemain . HAHAHA . mengong !

    eh'eh nak bagi tips  ni . dah tulis2 memo macam gini kan ? pastu letak kat dalam wallet atau selitkan di mane-mane tersorok untuk kejutan si dia . mesty sweeet gila babeng kan . alololololololo -.-

    Thursday, December 16, 2010

    Senyum Palsu Akibat Radang Tonsil


    hello sume :)

    wah . seronok saye hari ni kerana talian internet di office telah disambung . nasib baik clerk cepat bertindak . ( lassie lah tuhh )  . fuuuh . alhamdulillah . demam kini kian pulih .  hanya yang tinggal ialah batok dan tonsil yg semakin membengkak . 

    honestly , hari ni lassie hanya mampu tersenyum palsu . yelaw , kang tak senyum dikatekan sombong . tapi sebenarnya tak mampu nak tersenyum kambing riang sebab tekak amatlah perit . lagi-lagi dalam keadaan cuaca tak menentu kejap panas  kejap hujan .  aduiii, macam nak pecah rasa tekak ni dan rasa macam ade benda tersangkut kat tekak ni . erk !

    dan untuk merawat tekak yang perit ni . after balik keje lassie terus cepat-cepat pegi cari aiskrem vanilla !

    aiskrem vanilla 
    not my fav T____T

    lega ! nyamannnnn jep tekak . 
    barulah boleh tersenyum jujur . erk ?

    so, my gurl LezaohLeza , kamu pun mesty makan aiskrem vanilla otey ? untuk mengurangkan derita kesakitan yang dialami otey ? HAHA . emangnya kita sahabat sejati kan sayam :P

    eh'eh ,  tonsil tu ape ? 
    tonsil merupakan kelenjar limpa yang terletak di bahagian tekak, ia berfungsi sebagai penuras kuman semasa pernafasan. Pendek kata, tonsil ni berkerja seperti askar untuk memerangi infeksi di tubuh. Jadi semua orang ada tonsil. Siapa yang tak ada tonsil tu mungkin dah kena buang tonsilnya (tonsillectomy).

    tonsillitis ape pulak ek ?
    Tonsillitis ni merujuk kepada radang tonsil. Jadi selepas ini kalau anda sakit tekak dan doktor cakap tonsil anda membengkak, merah, itulah tonsillitis.

    simptom-simptom nya macam mane pulak ye ?

    Biasanya, pengidap tonsillitis mengalami demam dan sakit tekak.Bagi kanak- kanak pula, mereka selalunya tidak sihat

    Mereka akan mengalami :-
    • Demam
    • Susah untuk menelan kerana sakit tekak
    • Nafas berbau busuk.
    • Bunyi suara yang ganjil
    • Kebengkakan pada kelenjar tekak
    Kelenjar tekak akan kelihatan
    • Besar, merah dan kebiasaan terdapat tompok - tompok putih di atasnya.
    Jangkitan lebih kepada sebab virus kalau kanak kanak itu mendapat batuk dan selsema

    ape jenis perawatan nya pulak ?
    • Paracetamol untuk mengurangkan demam dan sakit
    • Makan makanan yang sejuk, lembut dan minuman sejuk - MAKAN AISKREM ! :D
    • Banyakkan minum agar badan tidak dehydrated
    • Elakkan makanan yang keras,rangup,berempah dan panas
    • Rehat
    • Antibiotik jika jangkitan berpunca dari bakteria. Bakteria yang dibimbangi menyerang kanak-kanak adalah daripada jenis streptoccocal kerana ia boleh membawa kepada komplikasi. Ideally, doctor should take a throat swab before starting the antibiotics. Tapi ini kurang praktikal, meningkatkan kos dan memakan masa. Jadi doktor akan mendiagnosis berdasarkan cerita pesakit(history) dan pemerisaan fizikal. InsyaAllah.
    • Lozenges/ Gargle
    • NSAIDS- Non Steroidal Anti-Inflammatory , seperti Ibuprofen juga berfungsi untuk mengurangkan sakit dan demam
    • Vaksinasi - Pneumococcal dan influenza, boleh mengurangkan risiko mendapat episod tonsillitis pada masa hadapan. Selain itu penting untuk mengurangkan risiko mendapat komplikasi penyakit jangkitan pneumoccocal seperti pneumonia, meningitis dan sepsis.

    oke, untuk maklumat lanjut :
    http://ummunashwa.blogspot.com/2009/04/radang-tonsil-tonsillitis-pembedahan.html
     

    ini contoh gambar kelenjar yang bengkak
    dapat rasakan tak bertapa peritnya tekak lassie ?
    lagi-lagi kalau nak telan air liurrr .
    :'(

    credit : here 


    Saturday, November 13, 2010

    Menstrual Pain dan Lelaki ?


    hello sume :)
    berkate tentang menstrual ?  iaitu sengugut . para perempuan yang pernah atau sedang atau selalu mengalami serta merta akan pegang di bahagian perut bawah keyt kan ?  kan ? lassie ? jangan cakap lerh . dari pagi tadi duduk gosok2 bahagian ni dengan harapan sakitnya akan reda . naik terbakar kulit letak minyak banyak2 dah . acah nak cepat reda . tapi harammm gak . memang tak akan reda . hanya makan ubat dan terbongkang tidur baru sakitnya akan hilang . kesian para perempuan yang lemah macam kami kan ?

    sengugut kan berkaitan dengan para perempuan ? tapi kenape tajuk ade tulis lelaki ? kenappe ? sabar yew cik abang sayaaang . lassie ingin berkongsi tentang kesakitan sengugut yew abang-abang . untuk ape ? nanti cik abang semua tak kelam kabut jika satu hari berumah tangga dan kemudian isteri comei kesayangan cik abang mengalami sengugut atau menstrual pain . kalau jika rase seru nak berkahwin itu lagi takpe , boley buat tambah-tambah ilmu . kan ?

    oke, rasa sakit sewaktu datang haid ini adalah disebabkan oleh kuncupan rahim yang begitu kuat sekali untuk mengeluarkan ketulan darah haid yang bercampur sedikit tisu daripada selaput endometrium . darah haid ini perlu keluar menerusi saluran pangkal rahim yang biasanya masih sempit di kalangan gadis remaja. kuncupan rahim yang kuat ini adalah disebabkan oleh sejenis hormon yang digelar dengan nama “Prostaglandin”. sebab itu perempuan yang sudah berkahwin faktor untuk sengugut itu kurang ea abang hitam :) 

    perkara-perkara yang lelaki perlu elak ketika menstrual pain menyerang para perempuan ?
    • tanya soalan 'sakit sangat ker ?' ( perlu jawab tak time sakit ? ) 
    • time gini larh nak ajak mengedate . sure mood ke lauuuutt . 
    • bagi yang berkahwin tu , tanye soalan 'awak tak masak hari ni ker ?' (walhal mase tu, biniknye terguling-guling atas lantai menahan sakit . memang periuk dengan belanga terbang rasenye !) 
    • ajak ehem-ehem !  dah sah-sah time period memang haram nak ehem-ehem . acah-acah bergurau ? memang elak kena tidur luar lah malam ni :P
    cukup lah rasenya bagi empat contoh sahaja . sebenarnya banyak . cume malas nak huraikan . sebab keadaan dan soalan mungkin berade di dalam konsep yang sama . di mana yang boley mendatangkan para perempuan yang mempunyai 9 nafsu ni mahu mengamok dan menanges ! HAHAHA . maka seeloknya cik abang semua lebih bertolak ansur dan memahami kesakitan yang dialami oleh para perempuan . kalau acah-acah memahami pun takpe , asal mate dan hati terjage oke lerh kan . tersirat dalam tersurat ? ouh i loikeeee ~ :P

    dan untuk para perempuan ; jangan pulak jadi kan sengugut atau menstrual pain sebagai alasan untuk bertindak secara emosi . sebab masih ade petua dan ubat untuk atasi nya . ( eh, ini aku cakap depan cermin ke ? LOL ) 


    // selamat malam semua . lassie sudah penat berperang dengan menstrual pain hari ni . mahu berehat . good nyte (*-*)

    Sunday, October 24, 2010

    Bila Sakit T__T


    hello sume
    selamat malam minggu ^_^ wah wah sekarang banyak entry tentang review blackberry torch dari #maxis10 reviewer kan ? teruja pulak rasenya .baru hilang sindorm teruja dengan iphone 4 . sekarang dengan sindorm bb torch lak . tapi cis ! baru saje memuja-muja handphone yang mungkin tak mungkin wujud dalam hidup ni . terus my E65 merajuk . jadi bisu , takde suara .tidak boley cas . oh, kejamnyeeeeeeeeeeee . nape aku diperlakukan sebegini . T___T 

    btw , takde cerita yang menarik hendak lassie ceritakan . tapi mood blogging tetap ade dalam diri ni . HAHAHA . maybe lately lassie oweys sakit kepale . pening2 . mual . muntah . hoooi , bukan mengandunglah ! dengar jep mual + muntah terus cakap mengandung . mak suci lagi dooe :P

    act, mule-mule lassie ingatkan pening disebabkan rabun makin naik power . tapi bukan pening area mate . tapi kat bahagian kepale . sob sob sobb . my yayang cakap lassie kena migrain . sebab mostly lassie akan sakit sebelah kepale . tapi pelik sebab tibe-tibe jep kena . sebelum ini tak pernah pula kena macam gitu . errr, pergi check ke hospital atau klinik ? rasenya tidak lah . bukan takot tapi malas . HAHAHA . and now . kalau sakit atau pening . lassie akan makan panadol . then duduk bawah selimut diam-diam . takpun tidor jep . baru hilang sakitnya . sian kat lassie kan ? isk ~ ;(

    PUNCA PENYAKIT MIGRAIN
    • Genetik
    • Aktiviti saraf ‘trigemino’ yang mengawal saraf dalam kepala dengan ‘neurotransmitter’ yang dipanggil substance P dan lain-lain’neurotransmitter’ sperti ’stamine’ dan kinine’ menyebabkan urat-urat darah dalam kepala mengembang dan berdenyut.
    • Aktiviti yang berlebihan pada pangkal otak mengakibatkan ‘ neurotransmitter’ seperti ‘norephenepherine’ dan ’serotinin’ yang menjadikan urat darah sempit, kembang dan mengakibatkan rasa sakit.
    • Perubahan saiz diameter urat darah yang bergerak dalam kepala berbeza-beza dari masa kesemasa dalam satu serangan (spreading digemia)
    • Pengeluaran serotinin yang berlebihan dari sel platlet darah
    • Tekanan perasaan atau ’stress’
    • Terlalu banyak minum minuman yang berkafein seperti kopi atau minuman alkohol
    • Cahaya yang sangat terang
    • Perubahan cara tidur / tidak cukup tidur
    • Letih yang keterlaluan
    • Bau-bauan ‘ perfume’ yang terlalu kuat
    • Pengambilan pil ‘ contraceptive’
    • Haid
    • Pengambilan pemanis tiruan
    • Daging yang ditahan lamakan (preservative) supaya tidak mengandungi natrium dan sodium glutamate
    • Makanan yang mengandungi histamine dan ‘vasoctive agent’

    perkataan yang diboldkan itu mungkin menjadi punca lassie migrain .  alahai memang kesian kat lassie kan ? tapi rasenya tak kesian sangat kowt . sebab kesian lagi kat my nephew . jarinya retak akibat tersepit kat pintu !!

    T_________________T siannye my rayyan 

    Wednesday, September 08, 2010

    Yahoooo ~ ! Balik Kampunggggg !! & Penting ! Cara Pemanduan yang Sebenar :)


    hello sume :)
    lagi satu hari kan ? wah wah . tak sabar rasenya . HAHAHAHA . tak sabar kenape ? nak cuti cuti berehat lah ! hari raye ? entah . macam tak meriah jep tahun ni . kenape ea . maybe sebab dah tua kot . eh'eh silap . matang oke . wek :P . seronoknya rase diri ni esok da mula bercuti . dengar kate sminggu office tutup . saye suke ! auuuuw ~ ^-^

    eh'eh, semalam lassie terlihat satu accident yang melibatkan empat buah kenderaan . agak teruk lerh . terase kesedihan mereka . yelaw lagi sehari jep nak raye kan . tapi syukur alhamdulillah , at least takde nyawa yang melayang .

    balik kampung ? yesh ! lassie balik kampung esok ! then rarely unline . sob sob sob :( . kepada ANDA semua yang ingin pulang ke kampung halaman atau kemana saja . ingatlah orang yang tersayang oke . dan juga lassie tersayang . HAHAHAHAHA

    k . yang penting adalah ;
    • periksa minyak hitam, air , brek, bla bla bla ( make sure stnby botol air dlm bonet )
    • periksa tayar spare !
    • pakai safety belt ( keselamatan oke ? )
    • periksa road tax , lesen , ic . HAHA
    • baca doa sebelum perjalanan ( mulut jangan kasik cabul )
    • berhenti tepi kalau kenyang atau ngantok o.O
    •  jangan kelam kabut . jangan terlalu terkejar-kejar . ( paling penting ! )
    jangan dok kalut bawa macam gini lorh . ish . kalau cek sanggop balik kampung jalan kaki gini .T______T


          



    Friday, August 27, 2010

    New Buffered Earning : DiGi Octopus Anniversary ! Digi Sudah Mula Sayangkan Saye :)


    hello sume ;)
    alhmdllh . lassie dapat buffered lagi ! ade 4 buffered yang tengah running :)
    thanks nuff tayunk ! love yu lerh :D


    ini first tyme dapat buffered dari digi taw . nampaknya digi sudah mula sayangkan saye . saya pun sayang digi la . plus-plus lagi ! ayat tak menahan . padahal lassie seram sejuk dengan orang kuning montel tu ! HAHAHAHA ! wek ! :P bersamamuuu ~


    * act try tips nak dapat buffered . and its work . like ^-^

    Thursday, August 26, 2010

    Saya Suke Menu Lauk Hari Ni & Resepi Untuk ANDA ^-^


    hello sume ;)
    kesah ramadhan saye bersambung ker ? HAHA . tak pasti larh kan . cume hari ni saya terlalu excited mahu berkongsi cerita . walaupun bendera merah masih berkibar . tapi selera saya time berbuka amat memberansangkan . cume bazar agak lame tidak dikunjungi . apa lagi ke gerai belakang masjid tu . T__T

    k k . nak tahu lauk ape yang saye suke sangat hari ni . sampai tak sentuh lauk lain ? lauk ikan masak singgang ! peeeeh !! my fav ! yummmy . saya hanya makan lauk tu dengan nasik . tanpa ade ape2 sampingan . kicap pun saya lupakan . letak jauh jauh . nyum nyum . 

    lauk ikan masak singgang 
    ini jenis tumis tau , ade yang jenis rebus .
    dua-dua jenis pun sedap lerh :P

    saye suke makan mcm gini .
    dalam mangkuk . HAHAHA . pelik kan ?

    disebabkan terlalu excited dengan lauk ni . saya bagi resepi sekali aw. ^-^ nanti kalau ANDA rajin , sila larh cuba oke . senang jep care masak nye . tak sampai lima minute dah siap . itu ibu saye yang kate . sebab die yang masak . eh'eh bukan saye tak nak masak . tapi air tangan ibu saya lagi mantap . HAHAHAHAHA .

    k lets cekidaut :)
    Resipi Lauk Ikan Masak Singgang Tumis
    1. Mayang bawang putih dan bawang besar
    2. Tumis bawang yang telah dimayang dengan kunyit sekali
    3. Dah agak garing, masukkan air ( ngam-ngam gitu )
    4. Pastuh letak asam keping ( jgn letak byk sgt , nnti masam sgt )
    5. Pastuh tambah garam . Nak letak perisa tambahan pun boley .
    6. Pastuh letak ikan ( berape ekor pun ekot ANDA sendiri )
    7. Biar didih pastuh tutup api . Sudah siap :)
    * selalu ikan yang sedap untuk lauk ni - ikan selayang atau kerisi 

    k . selamat mencube :)

    Sunday, August 22, 2010

    Macam Mana Nak Design Blog Jadi Cantik ? Macam Saya Punya ? *PERASAN !


    hello sume :)
    perasan sangat tak tajuk tu ? annoying ? ouh i like o.O just joke k . HAHAHAHA. act ade someone mintak lassie ajarkan macam mana nak design blog like my baby bloggy .  ( yang simple aja loh ) sumpah kowt , lassie tak tahu nak explain macam mane . yup ! lassie memang tak bley jadi pengajar yang baik . wek ! :P .

    fer my basic layout , lassie amek template di ;  http://www.yummylolly.com/

    then baru lassie edit dari template yang lassie da apply . yup betul kate my girlfriend , huda hudhud . kate kunci untuk design blog sendiri adalah rajen . rajen tuk godek2 codes yang boleh menjulingkan mate sendiri . HAHAHAHAHAHA .  then kalau rasa-rasa dah hilang arah . tanye lerh yang lebih arif . tak payah malu k . mungkin pertanyaan tu akan akan direply atau vice versa . itu perkara biasa :)

    k , lassie tak tawu nak explain ape lagi . HAHAHAHA . if yu want more , bley pegi kat huda hudhud's blog . beliau pun ade explain macam mana nak design blog sendiri . k . bye ! have a nice day . smile ! :)

       ♥ useful link fer design ur own blog 
     

    Saturday, August 21, 2010

    How To Customize Blogger's Followers Widget ?


    hello sume ;)
    tutor ini khas untuk cik tiqa
    sudah lame beliau tanye ini kat lassie . sory ea late ^-^
     oke . macam mane nak change the followers gadget font color ?
    untuk match dengan blog kite . atau nak tukar colour yang lebih meriah .?
    lets cekidaut . HAHA

    Step 1
    Dashboard > Design > Page Elements 
    find ur Followers Widget

    Step 2
    klik edit then akan keluar seperti ini

    untuk cik tiqa .
    kamu tanye lassie camne nak tukar font color num of followers rite ?
    k, kamu just tukar color di bahagian content headlines .
    tukar color yang match dengan ur blog :) 

    step 3
    then . if da puas hati pilih color .
    klik save . preview .
    done :)

    Monday, August 16, 2010

    Tutorial : Mana Nak Letak Icon di Labels dan Links di Sidebar ?


    hello sume :)
    icon di labels atau links ?
    apakah itu ? nak tawu ape ?
    cube tengok di my sidebar , yang ade bunge kecik gerak2 .
    itu larh jawapannye . HAHAHAHAHAHA . k stop merepek .
    tadi  my girlfriend ade tanye mcm mane nak letak code icon tu
    then dari mane i dapat icon cute tu . act i just Google lorh . T__T 
    n noe i nak kongsi mcm mane nak letak code ni dengan beliau .
    eh'eh , dengan ANDA gak :)
    let's cekidaut


    Step 1
    Dashboard > Layout > Edit HTML tekan CTRL+F 
    cari codes seperti di bawah
    .sidebar ul {
    list-style:none;
    margin:0 0 0;
    padding:0 0 0;
    }
    .sidebar li {
    margin:0;
    padding-top:0;
    padding-$endSide:0;
    padding-bottom:.25em;
    padding-$startSide:15px;
    text-indent:-15px;
    line-height:1.5em;
    }
    Step 2
    padam kesemua codes di atas ,
    kemudian gantikan dengan codes dibawah ini
    .sidebar ul {
    list-style:none;
    margin:0 0 0;
    padding:10px 0 0;
    }
    .sidebar ul li {
    background:url("URL ICON/IMAGE KORG") no-repeat 2px .25em;
    margin:0;
    padding:0 0 3px 16px;
    margin-bottom:2px;
    text-indent:7px;
    line-height:1.3em;
    }
    Step 3
    preview then save .
    k done syg !
    smile :)
    note :
    • tutorial is made in Minima Blogger template, your code may be a little different, but the idea is the same (just find the ".sidebar ul" and ".sidebar li" , and replace them with code above)
    • these settings doesn't apply for "Archive" widget
    • "text-indent:7px;" - you can change the distance between text and icon with this (change 7 into higher to increase distance)
    • "line-height:1.3em;" - change the vertical space (line height) between links
    • you can add some borders (line) between individual links (border-bottom:1px solid $bordercolor;)
    • maaf, malas nk translate . copy paste jep ni . HAHAHAHA 
      credit ; here

      Sunday, August 15, 2010

      Tutorial : Macam Mana Nak Tukar Background di Blogspot ?

      hello sume :)
      seseorang telah rekues kat lassie mana mane nak tukar background . 
      tapi die rekues nak tukar backround gune template designer .


      sudah lame kan die rekues ? dari bulan julai lagi aw .
      teruk tol si lassie ni . kalau nak orang nak beranak , da beranak dah aw !
      HAHAHAHA . act tak perasaan , ingatkan da buat .
      rupenye belum . maaf yany . heee ~

      tapi kan ?  kan ? kan ?
      act lassie tak bape pandai nak tukar background pakai template designer tuh .
      sebab kat lassie punye takde kelua ape2 seperti kat atas tu . *berbelit2
      HAHAHAHAHAHAHA
      but its oke , lassie buat gak tutorial but under edit html ler. harap tak kesah .
      now let's cekidaut :)


      Step 1  
       Dashboard > Layout > Edit HTML tekan CTRL+F
      then find body { 

      Step 2
      jumpe coding ni  ?
      body {
      background:color #FFFFFF
      margin:0;
      text-align:center;
      line-height: 1.5em;
      font: x-small Trebuchet MS, Verdana, Arial, Sans-serif;
      color:$mainTextColor;
      font-size/* */:/**/small;font-size: /**/small;
      }

      then tukar dengan ini 
      body {
      background:url("URL image korg !")repeat;
      margin:0;
      text-align:center;
      line-height: 1.5em;
      font: x-small Trebuchet MS, Verdana, Arial, Sans-serif;
      color:$mainTextColor;
      font-size/* */:/**/small;font-size: /**/small;
      }
      Step 3
      preview then save 

      Step 4
      k done syg :)
      credit ; Farah Nasuha :)

      Saturday, August 14, 2010

      Tips Macam Mana Nak Halau Roommate Yang Korang Tak Suke Secara Sopan ?


      hello sume :)

      hah ? ade masalah dengan roommate atau housemate ?
      ataupun kureng berkenan dengan roommate atau housemate tuh ?
      takpe takpe . jangan risau !
      ANDA boleh ikuti tips yang lassie dapat ni oke ? :D

      1. Setiap hari Jumaat, pack segala barang anda dan bagitau kat roommate anda nak balik kampung. Selepas sejam, balik ke bilik & terangkan bhw takde org kat rumah. Unpack segala brg anda & pegi tidor.

      2. Setiap kali roommate anda balik, jerit sekuat hati" horee...kau dah balik". Lepas tu menari dlm 5 minit. Lepas tu, tenung jam lama2 dan tanya dia "Sepatutnya kau dah blah dah skrg"

      3. Buat2 terjaga pd tengah malam, jerit kuat2 " Tolong, kat mana aku berada ni?" dan lari keliling bilik tu. Kalau bilik kecil, cukuplah sekadar melompat 2-3 kali. Kemudian, sambung tidor. Esoknya, kalo dia tanya, pura2 tak tahu apa yg dia cakap.

      4. Ambil marker, buat bulatan kecil kat lengan anda. Besarkan bulatan tu setiap hari sambil berkata "Dah merebak... dah merebak!"

      5. Beli pepokok bonsai. Bercakap & tidor dengan pokok tu setiap hari. Selepas seminggu, bertengkar dgn pokok tu dan cakap "Aku tak boleh hidup sebilik dengan kau lagi" sambil keluar & menghempaskan pintu bilik dgn kuat...Buang pokok tu tapi biarkan pasu kat situ.

      6. Beli pisau banyak-banyak. Tajamkan setiap malam sambil merenung roommate anda sambil berkata "Tak lama lagi...tak lama lagi..."

      7. Duduk didepan papan chess dua-tiga jam tanpa buat apa2 atau cakap apa2. Lepas tu bangun secara tiba2 sambil berkata, "Siot betul, kalah lagi"

      8. Setiap kali roommate balik, tutup lampu dan tidor. lepas dia keluar, bangun dan menjerit dgn kuat "Horee...!". bukak lampu semula.

      9. Pakai topi kertas. Bila dia balik, cakap "Selamat Datang ke McDonald. Boleh saya ambil pesanan anda..." Lepas tu buat muka bodoh, sambil berkata "Eh, kau rupanya..."

      10. Kata kat roommate "Ada pesanan penting untuk kau". Lepas tu buat2 pengsan. Lepas 2-3 jam, bangun dan cakap yagn anda dah lupa pesanan tu. Kemudian, cakap "Eh...aku dah ingat". Lepas tu pengsan balik.

      11. Bila roommate anda balik, berpura2 tengah telefon. Caci maki dan menjerit dengan kuat kat telefon tu. Lepas tu letak telefon dan cakap kat roommate bhw yg telefon tadi adalah mak dia. Cakap mak dia akan telefon balik.

      12. Kalau roommate suka gosok gigi kat sinki, perhatikan sampai habis. Lepas dia habis, cakap dengan dia bhw anda kena ajar dia cara mengosok gigi dengan betul.

      13. Edarkan risalah ke kawasan kedai/rumah kedai berdekatan rumah/kampus. Dalam risalah tu, nyatakan bahawa roommate anda hilang. Letak sekali gambar dia dlm risalah tu. Tawarkan hadiah kepada sesiapa yg menjumpai roommate anda.

      14. Bila roommate anda tutup lampu pd sebelah malam, nyanyi lagu opera sekuat hati. Bila dia buka balik lampu, buat2 muka bodoh dan confused.

      15. Duduk & renung roommate dlm 2-3 jam. Kalau boleh, bawa member2 sekali sambil makan kacang & popcorn. Buat macam tengah tengok wayang.

      16. Masa roommate tiada, ambil deodoran dan sapukan pada seluruh dinding bilik. Bila dia balik, puji bahawa bilik berbau wangi. Lakukan selalu sampai deodoran tu habis.

      17. Kalau roommate ada binatang peliharaan, spt kucing, offer utk beri makan kpd binatang tsbt. Cepat2 keluarkan botol gam atau minyak rambut sebelum dia beri persetujuan kpd kau.

      18. Pegang & gosok-gosok rambut roommate anda sambil berkata "Rambut kau hitam, lurus dan berkilat la...Macam teknik rebonding...". Sekali-sekala buat masa dia tengah tidur.

      19. Mase roommate tido, bungkus dia macam kafan mayat (siap ikat), pastu panggil member dlm 10 orang bace yasin ramai2. bile rumet jage pakat2 buat x nmpk ape2.

      20. Sebelum roommate balik dari kelas, bungkus diri sendiri macam kafan (siap ikat jugak) pastu baring senyap-senyap atas katil dia. Mesti dia terkujat sampai pengsan bila masuk bilik tengok2 ada mayat.


      so ? amacam ? HAHAHA . LOL
      ade berani nak buat macam ni ?
      silap-silap kalau ikut step ni kite yg boley jadi gile ! 
      tapi kalau nak mencuba apa salahnye ? kan ? kan ?
      selamat mencuba :D

      credit ; Fieka Shafika :)

      Friday, August 06, 2010

      Saya Suka Header Baru Saya ! Awak Pun ? *blushing ;P


      hello sume ;)
      perasan atau tidak ?
      lately ramai betul yang edit template blog masing-masing . kan kan ?
      cume my baby blogy jep buruk bersawang dengan style lame .
      takde mood nak edit . * MALAS yang lebih act . ;P
      then tadi seperti biase blogwalking di huda's blog 
      ouh beliau juga sudah menukar template .
      beliau punye header ? gile style . seyes ! tak caye p blog beliau .
      HAHAHAHA . godek-godek tips di blog beliau .
      pergi ke link ini . wow ! gambar2 nye sangat kewl :)
      terus hilang perasaan MALAS itu !
      time for edit my baby blogyy 
      and finally 

      +
      +


      new header 
      new background
      i love it !
      HAHAHAHAHAHAHAHA

      Monday, June 28, 2010

      BLOGGER (BLOGSPOT) PATUT BACA INI ?!


      hello blogger :)
      tak tahu macam mana mahu mulakan .
      cuma hanya mahu bagi satu informasi 
      yang memang patut di kongsi bersama .
      k look carefully blogger .

      now type url ANDA
      cth ;

      http://lassiegewdix.blogspot.com/

      akan keluar seperti ini right ?

      k now . taip url ANDA semula .
      tetapi hilangkan perkataan 'b' tersebut 
      cth ;

      http://lassiegewdix.logspot.com/

      ie nya akan keluar seperti ini .
      about bibble .
      huh ?!

      wtf ?
      yes ! i'm speechless .
      ANDA bagaimana ?

      Tuesday, June 22, 2010

      Tips Merapu Nak Cepat Panjangkan Rambut ?

      hello sume :)
      rambut adalah mahkota setiap wanita .
      right ladies ? HAHA .
      orang kate .,
      style rambut akan merubah penampilan seseorang itu .
      selalunya rambut pendek akan kelihatan lebih fresh dan muda .
      rambut curler akan kelihatan panas . HAHA
      dan rambut panjang akan kelihatan ayu dan lemah lembut 
      eh'eh . wa rambut panjang tapi tak ayu k . 
      lemah lembut itu mungkin ! :P


      k now .
      pernah tidak terdetik dalam hati kamu wahai kaum wanita ?
      perkataan menyesal apabila rambut telah dipotong ?
      *saya ngaku pernah . isk .
      tapi ade orang cakap .
      jangan nyesal . nanti rambut merajuk nk keluar .
      ade pulak cam gitu ?
      HAHA .

      lassie nak kongsi tips merapu yang lassie amalkan
      untuk rambut cepat panjang
      k cekidaut ;
      • ambil bulu mata jatuh letak atas kepala - bila bulu mata yang jatuh tu , cepat-cepat ambil then letak atas kepala . konon-konon boley panjangkan ambut lah .
      • ikat rambut masa tidur - sebelum tidur , ikat rambut kemudian tidur . lassie selalu amalkan ini , so far macam menjadi .
      • buang air besar dan teran - tak senonoh kan ? tapi ini ler tips yang lassie dapat . nak ikut atau tidak terpulang ? HAHA . 

      k . itu aja .
      hanya mampu bagi tips . tips yang merapu .
      ini bukan petua :)
      tapi yang ikat rambut masa tidur tu mcm menjadi .
      *seyes :)
      eh'eh . warning .
      ini hanya hiburan . oke ?
      HAHAHA .
      k nyte .
      muax !

       


      Power by Blogger