Showing posts with label pantang larang. Show all posts
Showing posts with label pantang larang. Show all posts

Thursday, April 07, 2011

Chicken Pox Yang Meletop-letop !

hellooo sumorang !

chicken pox ? apakah itu ? sejenis makanan ? nyum3 .wak luuuu makanan . KAH KAH KAH ! okey serius . chicken pox yang dikenali dengan nama cacar air, jintungan atau bertih dalam bahasa melayunya adalah disebabkan oleh sejenis virus yang dinamakan virus varicella-zoster.

ia amat mudah berjangkit dan ia boleh berlaku pada semua peringkat umur. penyakit ini biasanya berlaku kepada kanak-kanak akan tetapi sekiranya ia berlaku kepada orang dewasa simptomnya akan lebih teruk berbanding kanak-kanak.

kenape dibold ayat tu ?

well, siapa yang mengikuti twitter lassie . mesty dah tawu lassie sedang mengalami chicken pox ni kan ? OMG ?! tak perlu nak bercakap kesiannye lassie , sebab lassie dah cukup kesian dengan diri sendiri . tskk T________________T

tempoh hari , ayeemayam kene sekarang giliran lassie pulok . memang betol-betol geng ayam lah gini kan ? bak kate cik maryam welcome to the chicken family! auww , kelas gitu !
antara pantang larang dan yang perlu dibuat ketika menghidap sakit chicken pox :
  1. jangan menggoreng ketika pesakit chicken pox berada di dalam rumah . nanti minyak yang meletop2 tu ibarat meletopkan bintik-bintik chicken pox  !
  2. jangan makan kicap ! kalau berparut akan menyebabkan kaler hitam tak boleh hilang .
  3. jangan kene hujan . ini paling pantang yek ? sebab boleh menyebabkan kesan parut yang berlekuk ataupun boleh menyeman aka meroyan :p
  4. jangan makan telur atau seafood iaitu makanan yang boleh menyumbang ke arah kegatalan
  5. jangan garu atau usik-usik bintik-bintik chicken pox nanti tinggalkan bekas dan parut
  6. minum air kelape untuk keluarkan semua chicken pox . untuk elakkan kena chicken pox kali kedua.
  7. kerap mandi . ekcili petua orang dulu-dulu cakap jangan mandi kan ? tapi jangan ikut sebab itu virus dan mesti mandi dengan sabun yang doc bagi. jangan pakai sabun biasa.
diet semasa terkena chicken pox? wahhh siap ade diet okey ? sumber diperolehi dari sini !

pemakanan memainkan peranan yang tidak kurang pentingnya dalam mempercepatkan proses pemulihan dan mengurangkan simptom penyakit.antara diet yang patut diamalkan semasa terkena penyakit ini ialah:
  1. kurangkan pengambilan buah-buahan sitrus seperti limau dan oren kerana buah-buahan ini mempunyai kandungan asid yang tinggi dan boleh menerukkan ruam dan kegatalan badan.
  2. banyakkan meminum air kerana ia dapat membantu mengawal demam dan menyingkirkan toksin badan.
  3. tingkatkan pengambilan sayur-sayuran kerana sayur-sayuran kaya dengan vitamin dan mineral yang penting dalam mengurangkan pembentukan ruam dan jangkitan. pengambilan karot amat digalakkan semasa terkena penyakit ini kerana ia terbukti membantu memulihkan pesakit daripada chicken pox.
  4.  jangan sesekali mengambil makanan rapu, makanan berminyak dan makanan bergula kerana kesemua makanan ini boleh menerukkan pembentukan ruam
k lah uolls, lassie nak layan cerita korea Witch Yoo Hee . bosan pulak dapat cuti panjang . *padahal nak bangga boleh senang lenang duduk rumah . hooooooooi ! senang lenang ape,  sakit ni wokkk !

eh kbai
     


    Power by Blogger