Assalamualaikum !
Hi semua :)
Lama sudah ku tinggalkan dunia berblogging . Bukan kerana sibuk dengan urusan dunia . Tapi terasa seakan hilang keghairahan untuk menulis .Tapi kali ini, hati dipanggil untuk menulis semula . Rindu benar dengan gelaran blogger itu. Agak malu sebenarnya mengaku seorang blogger jika blog terabai sejak Februari . Ya ampun, lamenye . Tak layak dipanggil blogger tegar begitu . Eh, tegarkah aku ?
*long sigh*
Mungkin agak terlambat untuk lassie menulis kisah ini. Mengenai kehilangan seorang blogger dimana merupakan salah seorang blogger yang rapat dengan lassie. Al-fatihah buat Nurul Huda Baharuddin
aka Huda Hudhud akibat menghidap sakit paru-paru berair pada 09 April 2012 tempoh hari.
Agak lama jari terhenti untuk meneruskan penulisan ini. Berita kematian arwah, lassie ketahui di twitter pada malam 09 April tersebut. Dan sumpah lassie tak percaya. Memang tak percaya mulanya. Rasa seperti baru je lepas borak dengan beliau. Tapi, itu takdir. Kita kena redha. Kau pergi dulu kawan tanpa sempat kite bersua muka.
Mungkin blog lassie akan sedikit sunyi tanpa menerima komen daripada beliau. Arwah pengkomen tegar my entry ! Hehehe. Pasti akan rindu komen beliau. Itu Pasti ! Dan mesti rindu untuk berborak tentang design blog, movie, gadget and semestinye pasal fashion ! Yeah ! Itu topic kesukaan kami. Senyum aku ingat perbualan kite dulu. Tak mengapa kawan, aku simpan kenangan tak luput dek zaman :)
Malam makin larut. Dan aku masih ada perjuangan harus dilakukan esok. Yang hidup harus terus berjuang! Kan ?
Selamat malam keindahan .