Showing posts with label pergi tak kembali. Show all posts
Showing posts with label pergi tak kembali. Show all posts

Thursday, April 19, 2012

Blogger Itu

Assalamualaikum !

Hi semua :)

Lama sudah ku tinggalkan dunia berblogging . Bukan kerana sibuk dengan urusan dunia . Tapi terasa seakan hilang keghairahan untuk menulis .Tapi kali ini, hati dipanggil untuk menulis semula . Rindu benar dengan gelaran blogger itu. Agak malu sebenarnya mengaku seorang blogger jika blog terabai sejak Februari . Ya ampun, lamenye . Tak layak dipanggil blogger tegar begitu . Eh, tegarkah aku ?

*long sigh*

Mungkin agak terlambat untuk lassie menulis kisah ini. Mengenai kehilangan seorang blogger dimana merupakan salah seorang blogger yang rapat dengan lassie. Al-fatihah buat Nurul Huda Baharuddin aka Huda Hudhud akibat menghidap sakit paru-paru berair pada 09 April 2012 tempoh hari.



Agak lama jari terhenti untuk meneruskan penulisan ini. Berita kematian arwah, lassie ketahui di twitter pada malam 09 April tersebut. Dan sumpah lassie tak percaya. Memang tak percaya mulanya. Rasa seperti baru je lepas borak dengan beliau. Tapi, itu takdir. Kita kena redha. Kau pergi dulu kawan tanpa sempat kite bersua muka.

Mungkin blog lassie akan sedikit sunyi tanpa menerima komen daripada beliau. Arwah pengkomen tegar my entry ! Hehehe. Pasti akan rindu komen beliau.  Itu Pasti ! Dan mesti rindu untuk berborak tentang design blog, movie, gadget  and semestinye pasal fashion ! Yeah ! Itu topic kesukaan kami. Senyum aku ingat perbualan kite dulu. Tak mengapa kawan, aku simpan kenangan tak luput dek zaman :)

Malam makin larut. Dan aku masih ada perjuangan harus dilakukan esok. Yang hidup harus terus berjuang! Kan ?

Selamat malam keindahan .



Thursday, May 19, 2011

Telordibasuh Dalam Kenangan .

 assalamualaikum .

tersentak bila tengah hari tadi mendapat berita mengenai seorang rakan blogger kite telah meninggal dunia . Hakim Kamal dan lebih dikenali sebagai telordibasuh telah meninggal dunia pagi tadi akibat jangkitan kuman pada paru-paru .





walaupun lassie tak rapat dengan arwah , tak bertegur di facebook . tapi entry arwah sudah cukup membuatkan lassie tersenyum . seriusly amat terase kehilangan . lepas ni tiada siapa yang tinggal jejak baling-baling telor kat shoutmix lassie . tiada siapa yang boleh buat entry merepek seperti arwah buat . *long sigh

yang pergi tetap pergi kan ? giliran kite ? mungkin esok ? malam ni ? atau selepas ni ? belom tahu lagi 

marilah beramai-ramai sedekah al-fatihah untuk arwah . semoga arwah ditempatkan di kalangan orang-orang yang soleh. amin .

 tinggal kenangan :'(

Thursday, November 11, 2010

Al-fatihah untuk Shamrin Fotograf


hello sayaaang :((
terkejut rasenya melihat status oh! Media di facebook tadi yang menyatakan Shamrin Fotograf telah meninggal dunia petang tadi . Arwah rebah ketika sedang bermain bola sepak . innalillah wa innalillah arojiun .

berikut pula berita daripada pihak Utusan . 

11/11/2010 7:10pm

KUALA LUMPUR 11 Nov. - Penyanyi utama kumpulan Fotograf, Shamrin meninggal dunia sebentar tadi.

Penyanyi yang cukup popular dengan lagu Di Alam Fana Cinta itu dibawa ke hospital selepas rebah ketika bermain bola sepak di padang bola Kelab Sultan Sulaiman di sini petang ini.

Jenazahnya kini berada di Hospital Pakar Al-Islam, Kampung Baru di sini. - Utusan

terase sedih dan kehilangan taw T_________T  hilang satu butiran bintang yang berkilauan . semoga arwah ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman . Al-fatihah untuk arwah dan takziah untuk keluarga arwah .



Fotograf - Ke Pintu Kasih Mu

Jernih berkilauan
bagai titisan
embun menghujan

Hening alam rasa
bila namamu
aku lafazkan

Ku saksikan dengannya hati
penuh rindu yang syahdu
Dan berbisik
tentangnya hasrat
jalinan cinta kasih


Dan dari pintu ke pintu
Jangan di langsiri
Dengan tabir kelam
Buka luaskan dengan cahaya

Segala dan semuanya
Tetapkan ku genggam
Penuh kepasrahan
Dan tanpa resah
Terhadap cinta

Di saat bercinta
datang berbagai
bayang bayang menjelma
Dan kerna saktinya
cinta ku teguh
tidakkan luruh



// my favourite song dengan my yayang if karaoke aww  T_____T
♥

Tuesday, October 05, 2010

Kereta Baru Saye :)


hello sume :)
bertemu kembali . wah wah wah . my past entry yang tajuk berbaur lucah tapi sebenarnye tidak itu amat mendapat sambungan ramai . ambooi kemain . tapi mungkin entry tu agak sensitif pada sesetengah orang . jadi sebelum menjadi isu terhangat di pasaran lassie mintak maaf dan lassie dah cover jadi **** gitu ! awww . tapi  kan  , macam lassie ade cakap . benda tu just for fun so makes it simple . *takpayahlayanlassienimengongkan?

alhamdulillah . sekarang hidup lassie kembali agak selesa . kaki yang patah telah ditegakkan semula . kaki yang terputus telah terpasang kembali . gumbira rasenye hati ni . sebab kereta baru saya telah keluar !

tu diee ! jeng jeng jeng . . . . .

eh'eh . silap-silap . ini target saye . salah satu harta yang saya mahu kumpul , pray for me k ^-^ . sebenarnye kereta saya baru keluar dari bengkel . sob soooob . agak lame kan berade di bengkel . ouh my kanc , rindu sangat dengan beliau . maaf , takde gambar . hanya untuk simpanan peribadi . LOL .

walaupun kereta saye baru keluar dari bengkel . tak bermaksud bibir ini boley mengorak senyuman kepuasan . banyak pahit getir sepanjang kereta itu berade di bengkel . hanya kekuatan dan semangat yang padu mampu meneruskan ape yang telah terus :')


btw . saye ingin mengucapkan takziah kepada mereka iaitu first kepada atuk saya yang kemalangan pada hari jumaat lepas ( alhamdulillah tidak ade kecederaan ) . kemudian kepada keluarga kawan saye , echah di mana ayah kesayangan telah meninggalkan dunia pada hari sabtu lepas . semoge rohnya dicucuri rahmat . Amin . kemudian , kepada bancai . yang kemalangan pada hari ahad lepas . ( alhamdulillah tiada kecederaan juga , namun Al-fatihah pada arwah kawan nya ) bersabarlah . itu semue adalah dugaan dan peringatan .

boleh kah aku mengorak senyuman kepuasan jika aku mampu merase kesusahan mereka .? ouh Tuhan , semoga mereka di beri ketabahan untuk mengharungi hidup yang akan datang . Dia tak akan menduga jika di luar kemampuan kita .


*tetiba jadi entry sedih lak :(
♥

Sunday, August 15, 2010

Al-Fatihah Buat Arwah Blogger Zaza .


hello semua
terkejut rasenya apabila dapat tahu seorang rakan blogger kita telah kembali ke rahmatullah . Siti Nor Izzah Shahdan atau dikenali sebagai ZAZA telah meninggal dunia apada 9 Ogos yang lalu akibat kemalangan di Rantau Panjang . Nak tahu lebih lanjut klik di sini. Sesungguhnya Allah lebih sayangkan beliau . Semoga rohnya ditempatkan di kalangan orang-orang beriman . Al-Fatihah .


amat tersentuh apabila baca entry arwah yang ini
semua words yang arwah highlight ade maksud yang tersirat 
seyesly i'm crying :(

arwah penah jenguk ke sini 
:(

credit ; Faizal Fredley
♥

Saturday, August 14, 2010

Ribut Dan Puting Beliung Di Jasin ? Mungkin Satu Peringatan Dari Allah ?


hello sume :)
hanya mahu berkongsi maklumat . semalam ade terbace satu kisah tentang ribut di jasin . ribut yang melanda kawasan bazar ramadhan yang menyebabkan 3orang terbunuh . Innalillah wainnailaihiroojiun . Al-fatihah untuk semua mangsa dan yang terlibat . benar kate kawan saye, ajal dan kematian ada di mana-mana sahaja .


pernah belajar di merlimau, jasin . turut terase kesedihan mereka :'( . 
mungkin ini satu peringatan dari-Nya ?
Wallahualam....

credit ; ieyra I lompat tikam
♥

Sunday, April 18, 2010

Innalilahi Wainalilahi Rojiun . .


Al-Fatihah .
hilang lagi sebutir bintang :'(


. suke sgt nan lgu-lagu arwah .

Friday, April 02, 2010

Innalilahi Wainalilahi Rojiun

 . Al-Fatihah .

Pelawak dan penyampai radio popular Din Beramboi atau nama sebenar Mior Ahmad Fuad Mior Badri, 44, disahkan meninggal dunia sekitar pukul 12.35 malam tadi di Hospital Selayang.

Allahyarham telah dimasukkan dimasukkan ke Wad Rawatan Rapi (ICU) kerana mengidap Dengue Shock Syndrome dan berada dalam keadaan kritikal sejak petang semalam. Allahyarham akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Taman Ihsan, Kepong sebelum solat Jumaat hari ini .


Semoga amal ibadah beliau diterima Allah S.W.T. dan untuk keluarga yang ditinggalkan semoga diberi kesabaran dan ketabahan yang lebih oleh-Nya. 
Amin



 


Power by Blogger