Showing posts with label news. Show all posts
Showing posts with label news. Show all posts

Saturday, May 28, 2011

Asid Splasher Kini Menyerang di Johor Bharu ?

hello sumorang !

Assalamualaikum..: Friends, especially girls --- "According to PP23 security guard, yesterday at 4pm, a Malay girl got splashed by Acidman in front of Jusco Tebrau.
Today, people says he is near Johor Jaya and Taman Molek.
Last nigh 8.15pm, he was around Setia Indah. 1 lady got splashed.
At 9.30pm, another lady got splashed around Taman Daya area. Splasher riding Honda EX5 no plate JPV 4783. Please pass this on TQ

semalam lassie dikejutkan dengan satu bbm dari my kawan . yang berbunyik seperti di atas . dan OMG ! haruslah terkujat yekk tak ? di JB pulak ker ? at the same tyme  lassie dapat bbm tu, kat facebook dah mula kecoh pasal message acidman ni. sane sini bercerita . hambooooi kemain cepat berita bergerak . eh tangan bergerak .

alamak ! Jusco Tebrau . nak tawu tak ? masa hari kejadian tu , lassie turut berasa di area Jusco Tebrau . sebab ade offer Jcard kan . rasa nak gugur jantung tawu tak . astaga . tapi betol ker message tu ? boleh percaye ker ? emmmmmm.

dan untuk mensahihkan message tersebut semalam tepat pukul 8.00 malam lassie dah tercongok depan tb nak tengok buletin utama . yelahhh antara sumber yang boleh dipercayai . tapi hampa tiada berita tentang acidman di JB. jadi tipu ke message tu weyhhh ? dushhhhhhhh !


dan sekarang betol atau tidak message tersebut . kite sentiasa kene berhati-hati. lepas ni nampak motor EX5 nak lalu sebelah jep , terus kite lari laju-laju. HA HA HA . okey tak funny . hoooi serius lahh weyh ! yeww nak hilangkan risau jep ni T__________T

emmm . tapi macam rase tak senang hati lah sebab betol ker pengkhabaran ni . korang ade dengar cerita benda yang sama tak ? ce cite ce cite kat sinie . lalalala ~


UPDATED : terbukti message tu adalah bohong semata-mata. JPV 4783 ? Num Plate Johor baru JM tawu ! trimas kat kawan ku yang alert kan . aku sendiri tak perasan doh ! HA HA HA dan lagipun tak kan manusia tu buat kerja simbah asid  kat KL dengan Johor dalam satu masa. kan ? aiyak ! dah semua tarik nafas dalam-dalam . heeee ~

Sunday, May 15, 2011

Dugaan Seorang ?

hello sumorang :)

selamat petang di hari minggu . yey ! Alhamdulillah . akhirnye lassie bukak belog ni semula tanpe mengprivacykan nye . HA HA HA . trimas yang caring tanye tentang belog lassie . terharu rasenye . sebenarnye , lassie private kan belog sebab nak betolkan coding layout . dan nak dijadikan cerita  lassie baru privatekan belog sehari . esoknye terus blogger buat hal ! punah harapannnnn den .

bayangkan tyme blogger buat hal tu lah banyak idea nak create layout belog ibarat mencurah-curah ke dalam gandum . sobar jep lah . nak buat entry pasal besday panda muda pun tak dapat taw ! :(

menunggu dan menunggu akhirnye blogger kembali beraksi seperti sediakala . yahoooo !

tapi ???? tapi ape !

tapi malangnye modem internet kat rumah pulakkk kene petir . ya Allah , memerlukan kesabaran yang amat untuk menjadi seorang blogger kan ? grrr . nasib baik lah ayah kite terus pegi modem baru . pagi tadi bangon tidur terusss menghadap coding . dan akhirnye akhirnyeee . 

ehem-ehem cantek tak belog saye ? over sudah !

 maaf , owner belog mencapap di header baru
wekkkkk :P

tapi kan walaupun teruk dugaan lassie sebagai blogger . rase nya tak boleh nak tandingi dugaan para gadis di kl nun . itu semua dek acid splasher yang mengganas di sekitar kawasan Kuala Lumpur . menakotkan betol lahh . risau sungguh saye dengan kawan-kawan saye kat sane aw .

 muka saspek acid splasher !

kawan-kawan saye , hati-hati di sane okeyh ?! jangan lupe bace doa sebelum keluar rumah . moga-moga kite dilindungi oleh Nya . Amin.


Those with information on the splasher can call the police at their Rakan Cop hotline (03-2115 9999) or SMS POLISKL at 32728.

Credit :  kak jie : macek ynn : thestar

Saturday, April 16, 2011

Kumpulan Kangen Band DiTahan Kerana Dadah ?

i love kangen band !

seriusly , lagu dari kangen band memang superb . semuanye enak didengari . dan punyelah addict sampaikan dapat nilai lagu yang dibawa oleh kangen band . kelas tak ayat ? hambooooi , jadi penilai ke kau lassie ? layak ker ? wek ;p

yelah , sebab ade satu lagu tajok pelengkap hidupku memula lassie ingatkan kangen band yang nyanyi . rentaknye , liriknye . tapi rupenya tidak ! si romi gagah yang nyanyi bersama eren . tak mungkin lassie tersalah nilai lagu mereka ! dan akhirnye dapat tahu lagu dan lirik digubah oleh Dodhy Kangen Band . hahh , layak tak lassie jadi penilaii ? layakkk tak ? layak wak luuuuuuuuuuuuu :P


tapi kini harapan dah musnah , sebab mendengar perkhabaran yang kurang enak dimana kumpulan kangen band ditahan kerana dadah dan ganja . omg ! kenape lassie baru tawu ? kenapeee ? itu pun setelah sayam maryam yang bagitawu lassie di fb.

oh lihatlahhh , robek hatikuuuuu .


eh lupe pulak, terima kasih kt maryam masam sebab bagi link vivanews untuk berita tentang Kangen Band tu. tapi emang jujuri aku enggak begitu fasih membacainye news indon . terlalu pekattttt , aku enggak bisa fahami . boleh bikin aku bingung bila dibacari nya news itu . aduhhhhhh .

HA HA HA , okey tak den berbual dalam slang indon . kok kekok sekali ? chooooooooooi :P

ehmm , walaupun sedih serta robek hati ni . kitewwww tetap love kamu kangen band ! in love dengan lagu-lagunye . mari kite layan lagu beliauuuuu .

muat turun lagu ni ? klik sinie :)

kbai ! selamat berhujung minggu

Monday, April 04, 2011

Terkesima dengan Berita Di Muka Hadapan Harian Metro Hari Ini ! T________T

hello sumorang .

seperti dijangke ! wooooot woooooot ! well, lassie ucapkan tahniah kepada my kesayaman iaitu @Shaheizy_Sam kerana berjaye memenangi Bintang Paling Popular ABPBH 2010 ! oh my baaaaaby , suke sangat you menang aww . kantoi polak mummy yang undikan you kan ? HA HA HA *gile poyo tak ? wek wek :P

dan tahniah juga kepada barisan pemenang yang lain-lain . tiada pengalah , semua pemenang ! :D

dan FYI tadi tengahhari seperti biase mase untuk membaca surat khabar . Harian Metro adalah pilihan hati . ternampak muka depan ! WOW ! my baaaaaaby ! Shaheizy_Sam . biler nak kawen ? lalalalalaa ~

tapi feeling gewdix tu termati apabila terpandang berita di sudut sebelah . cepat-cepat selak ke muka surat 6 ! berita tentang ape ? seorang murid tahun satu dibelasah oleh guru sehingga meninggal . OMG ! bayangkan kanak-kanak yang masih kecil berumur 7tahun di belasah teruk . ape lah dosa kanak-kanak tersebut . berlinang air mate lassie bace aww , lagi-lagi beliau merupakan anak tunggal di dalam keluarga . sedihnyeee .

mari kite berdoa kepada arwah adik Saiful Syazani Saiful Sopfidee T__________T

KANGAR: Hanya kerana wang RM7, Saiful Syazani Saiful Sopfidee, 7, murid tahun satu sebuah sekolah agama persendirian di Arau, dekat sini, meninggal dunia di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), Alor Setar, pagi semalam, selepas koma sejak tiga hari lalu akibat parah dibelasah gurunya.

Difahamkan, mangsa dipukul dengan teruk kerana didakwa mencuri wang milik rakan sekelasnya.

Mangsa yang sudah kematian ibu, menghembuskan nafas terakhir kira-kira jam 8 pagi selepas mengalami pendarahan dalaman di kepala dan komplikasi jantung berikutan kejadian di bilik asrama sekolah agama berkenaan, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Arau, Superintendan Mohd Nadzri Hussain, ketika mengesahkan perkara itu berkata, murid terbabit disahkan meninggal dunia dan kes kini disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh yang boleh membawa hukuman mati jika sabit kesalahan.


“Kita akan menjalankan siasatan menyeluruh kejadian itu, apatah lagi ia menjadi bertambah serius kerana membabitkan kematian. Semua pihak berkaitan di sekolah agama itu akan dipanggil untuk siasatan.

“Perintah reman terhadap suspek berusia 26 tahun yang juga guru mangsa yang berakhir esok (hari ini), akan disambung untuk tujuan siasatan,” katanya enggan mengulas lanjut kes itu.

Metro Ahad semalam melaporkan Saiful Syazani dibelasah dengan kejam oleh gurunya yang juga warden asrama dalam keadaan kedua-dua tangannya terikat pada tingkap asrama sehingga menyebabkan mangsa koma dalam kejadian pada kira-kira jam 7 malam, Khamis lalu.

Mangsa dikatakan berjaya membuka ikatan tangannya untuk melarikan diri sehingga menimbulkan kemarahan guru terbabit yang kemudian memukulnya tanpa belas kasihan.

Selepas memukul kepala, suspek dikatakan `naik hantu' dan menggoncang badan mangsa serta menolaknya dengan kuat ke dinding yang dipercayai punca utama murid itu mengalami pendarahan dalam kepala dan komplikasi jantung.

Suspek yang mungkin menyedari kesalahannya dan menyesal dikatakan sempat bersolat hajat sejurus dimaklumkan doktor bahawa mangsa dalam keadaan kritikal sebelum bergegas ke Alor Setar dengan menaiki motosikal untuk melihat keadaan murid terbabit.

Guru terbabit menyerah diri di Balai Polis Arau, Jumaat lalu, selepas bapa mangsa, Saiful Sopfidee Marzuki, 34, membuat laporan di Balai Polis Alor Setar, pada jam 8 malam hari kejadian.

Sementara itu, Pengarah Pelajaran negeri, Mansor Lat, ketika dihubungi berkata, pihaknya menyerahkan kes itu kepada pihak polis kerana sekolah itu milik persendirian dan bukannya di bawah seliaan jabatan berkenaan.

“Kita tidak mahu campur tangan dalam kes ini dan menyerahkan kepada pihak polis untuk mengambil tindakan terhadap mereka yang terbabit.

“Kami amat sedih dan dukacita di atas kejadian ini dan jika benar perbuatan guru memukul hingga menyebabkan kematian murdnya, ia di luar bidang kuasa guru dan tidak sepatutnya berlaku,” katanya.

Dalam pada itu, pengetua sekolah agama terbabit, Yaakub Abu Soman berkata, pihaknya tidak akan membuat sebarang ulasan berhubung kejadian itu yang membabitkan guru dan murid sekolahnya atas arahan polis.

“Kami akan mengadakan sidang akhbar selepas tempoh reman terhadap suspek tamat nanti,” katanya.

Bapa mangsa, Saiful Sopfidee berkata, jenazah anak tunggalnya hasil perkongsian hidup dengan arwah isterinya, Jahiyah Che Amat, dikebumikan di Tanah Perkuburan Tok Paduka di sini, petang semalam. Dia juga berharap guru terbabit dikenakan tindakan tegas mengikut peruntukan undang-undang kerana perbuatannya yang tidak berperikemanusiaan itu.

semoga rohnya dicucuri rahmat . Amin.

sumber : bharian online

Friday, March 25, 2011

Keputusan SPM Teruk ? Punca Si Gadis Cuba Bunuh Diri di KB MALL ?

selamat malam semuaaaaaaaa ..

errr , malam ? eh pagi . kenape tak tidur lagi yek ? ade peristiwa yang menimpa yang menyebabkan mate tak boleh nak lelap . hukhukhuk T__________T eh'eh, wahhh , gempar kan cerita pasal cik mek molek yang cube membunuh diri hanya kerana memperolehi SPM yang agak teruk di KB MALL tu ? SPM teruk macam mane tu ? jangan tanye lassie okeyyy ? saya tak boleh nak jawab .

ehem-ehem , buat tajuk gempak macam tawu cerita sangat kan ? padahal lassie baru tengok video nye , biaselah ayat mesti gempakkkk ! berdebar-debar seyhhhh tengok videonye . walaweyhhh . seramnye . dah lah tempat tu ramai orang . tskk

cek mek molek
bersama pisauuu . OMG !

ehmm, kenape mesti pilih jalan untuk bunuh diri ? gagal bermaksud bunuh diri ? oh tidak ! kite bukan duduk di zaman yang serba kolot . lagipun semua tawu bahawasanye bunuh diri itu ialah tiket neraka . yes , memang tiket free tak payah bayar . tapi jangan pulakkk sampai nk bunuh diri sebab nak dapat tiket free .

hah ?? pening dah ayat aku lahh . sory banyak sangat benda yang lassie fikirkan sekarang . kejap lagi mesti kene migrain . #ohdem :(

k lah , jom tengok video cubaan si cek mek molek membunuh diri . dup dap dup dap


ape yang lassie tawu, si cek mek molek ni selamat hanya cedera ringan sebab pihak KB Mall ade letak tilam kat bawah . itu sahaja berita untuk kali ini . sekian .

kbai . good nyte .

credit : here

Friday, January 28, 2011

Mengandung ??

sila rujuk gambar di bawah ?


O.M.G ! pregnant ? wah wahhhh . alhamdulillah . rezeki kan ? bertambah lagi seorang umat Nabi Muhammad . hikhikhik. weyh weyh korang cepatlahh cakap tahniah kat lassie . wink2 ^_^ . 

eh'eh wait wait lassie mengandung ? hah ? engkau mengandung ke lassie ? matikkkkkkk

HOI ! jangan nak fikir bukan-bukan lahh korang ni . aku kahwin pun belum, apa lagi nikah yek dak ? tsk . selisih malaikat empatpulohempat lahhh . T______T FYI,  itu adalah result pregnant test my sis  lahhh. hakhakhak .yeyyy ! beliau mengandung lagikkkk . kemain meletop lagik kan ? hah cepat cakap tahniah kat lassie . kerana bakal menimang anak sedare yang ke-tiga . HAHAHA . gile over aku ni ! 

 my kesayangan
alya & rayyan dan bakal bertambah . insyallah :D

sepatah dua kata untuk akak ku Einrin Mohd Salleh *chewah . tahniah telah berjaye membuat anak dengan jayenye ! sekaligus menambahkan ahli keluarga kite . hahaha . rase macam terharu pulakkk . kenape pulak aku nak rase terharu ni ? entahlahh , keliru pulakk perasaan ni . erk (?)

anyway den terseksa ni . anak sedare ramai, nanti den yang parah . korang tak paham ? buat2 paham jep lahhh . otey ? wek :P

okeylahh babai :)

Thursday, October 07, 2010

Benarkah Justin Bieber Tak Wujud ?


hello sume :)
omaigod ! kenape larh lassie baru dapat tawu akan dengan berita tergempar ni kan ? terase macam duduk di dalam gua pulak aiiii . ouh , my justin bieber ! benarkah berita ini !! adakah benar dikatekan justin bieber sebenarnye seorang pedofilia berusia 51 tahun yang menyamar dengan memakai topeng dan wig selame bertahun-tahun ? apakah ?

 

act i found this news from here !
Bintang pop remaja Justin Bieber ditangkap setelah penyelidikan polisi membuktikan bahwa Justin Bieber bukanlah seorang remaja berusia 16 tahun, namun seorang pedofilia berusia 51 tahun yang menyamar. (Video penangkapan di bawah tulisan)

Pria dengan nama asli Michael Cote tersebut menyamar sebagai idola remaja selama bertahun-tahun dengan menggunakan wig dan topeng karet.

Analisa dari FBI menemukan bahwa lirik lagu-lagu Justin Bieber berisi kata-kata yang bertujuan untuk memanipulasi pikiran gadis-gadis di bawah umur.

Terbongkarnya identitas penyamaran Michael Cote sebagai Justin Bieber terungkap setelah topeng yang ia kenakan terlepas di tengah konsert.

Selebriti Kim Kardashian yang pernah digosipkan menjalin hubungan dengan Justin Bieber pingsan setelah mendengar kabar tersebut.
lookmanez_lmj: Sementara rapper remaja Jasmine Villegas yang pernah memberikan oral seks kepada Justin Bieber dilaporkan mengalami gangguan kejiwaan terkait dengan berita bahwa Justin Bieber adalah seorang pria berusia 51 tahun yang menyamar.

gambar yang dikatekan semasa topengnye terbuka

 fuuuh . what the fake ? meraung ? jangan ! layan dulu video lagi satu ni ? oke?


so ? dah tengok kedua-dua video ? ANDA tolong nilaikan boley ? benarkah berita ini benar sebenarnya atau palsu semata-mata ? pada pendapat lassie kan . tak 'kowt' . tak kan si pedofilia mempunyai badan yang mantap nyum3 dan otot yang masih cergas kan ? tapi sebenarnye lassie macam ade perasaan ragu-ragu gak ni . ohh ohhhh . ape jenis perasaan lah ni aiii ? HAHAHA . ouh tidak lerh . saje acah-acah ragu . video tu dah berjaye buang keraguan dalam hati ni :)

tapi jikalau sahih berita ini , saya rase mahu pengsan 2minit boley ? hati terluke doe ! T_____T sob sooob . tapi dalam sudut hati lassie percaye ini dusta belaka ! padahal memang dusta pun . saje acah-acah cakap gempak ! HAHAHA ^-^ 

fer my justin bieber ; jangan bersedih . baby tak percaye akan berita fitnah ini semua . baby ade untuk awak aw  *tetiba . HAHAHAHAHAHA LOL :P

credit ; info 214
 


Power by Blogger