Sunday, December 04, 2011

Kosong

dalam kamar yang gelap
seorang diri menghadap dinding
terpapar jam yang tergantung
detik masa semakin perlahan dirasakan hari ini

di luar riuh hujan ribut menari-nari
titik titik hujan jatuh ke tanah
seiring titik air mata yang jatuh di pipiku
tangan segera mengesat

mengeluh aku terkedu
bodohnya kerana terhanyut dengan perasaan ini
bodohnya kerana masih tak mampu nak mengawal emosi
bodohnya kerana menyerah sebelum terserah

tapi lagi bodohnya dia kerana tak memahami jiwa ni
lagi bodohnya dia kerana menghilang setelah pesta dimulakan
siapa dia ?
dia yang ku sayang

mampu disebut sayang ?
hah itu hanya perasaan
perasaan bodoh yang terbit dari hati
fikir sampai mana sayang boleh bertahan ?

jangan !
oh tidak ! aku sayangkan dia
sumpah ku cinta dia
hanya dia

menjerit terpekik melolong hingga pekak telinga
aku tahu dia tak mampu lagi mendengar
hingga menganggap seolah-olah tiada yang berlaku
sedangkan aku teresak dalam kegelapan
keseorangan

kosong
ya ! kosong
dan kini malam semakin larut
jam berdetik dengan begitu perlahan
memberi tekanan amat hebat pada hati ini
mungkin memberi peluang untuk ku nikmati detik-detik terindah
terindah untuk masa hadapan
menjadi satu bekalan

tiada kata lagi mampu terluah
cuma ku harap bila ku lelap
hari ini tidak pernah terjadi dalam hidupku
itu harapku

2 comments:

Thanks for comments . You're wonderful :)

 


Power by Blogger