Showing posts with label uthm. Show all posts
Showing posts with label uthm. Show all posts

Saturday, April 21, 2012

Program Rehlah Da'wah di Masjid UTHM, Parit Raja

Assalamualaikum

Hi !

Pada hari khamis lepas, di Masjid UTHM ada diadakan satu program rehlah dakwah bersama  seorang ulama  terkenal dan masyur iaitu Al'Alamah Habib Umar Ben Hafidz. Apa yang lassie tahu dan nak bagitawu bahawa beliau merupakan nasab keturunan Nabi Besar Muhammad Rasullullah S.A.W. Selebihnya jika ingin tahu tentang beliau boleh rujuk di sini :)

Masjid UTHM Parit Raja, Batu Pahat

Program Rehlah Dakwah
Al'Alamah Habib Umar Ben Hafidz

Anjuran : Pusat Islam Kelab Staf UTHM & Jabatan Mufti Johor

Majlis bermula pada jam 05.00 petang hingga jam 10.00 malam . Tapi  lassie hanya dapat hadir pada sebelah petangnye kerna ade kelas pada belah malam. Terkilan rasanya tak dapat nak dengar ceramah daripada ulama yang masyur . Takpelah mungkin bukan rezeki kan ? =.=

Pada sebelah petang ada diadakan tahlil dan khatam alQuran di Masjid. Makanan turut disediakan untuk para tetamu yang datang. Ada dua jenis nasi iaitu nasi putih ayam sambal dengan nasi beriani. Nasi berianinya memang mantap ! Bab makan lassie memang numb satu kan ? Well . Hehehe . Dikatakan makanan yang disediakan untuk 10ribu tetamu. Woow ! Banyak kan ? Tapi memang tak dinafikan memang ramai yang datang ke Masjid ni .

pening nak pilih nak mana =.=

me w/ hijab 

Anyway terima kasih untuk belog khairulazwa kerana bercerita serba sedikit tentang isi ceramah tersebut . Namun lassie still rasa terkilan tidak dapat pergi kerana jarang untuk kita berpeluang ke majlis ilmu seperti sebegini. Takpe maybe next time kan ? :)

Okey. Now got to go . Happy weekend guys ! :*

Wednesday, January 04, 2012

Sunday, December 18, 2011

Ketagihan XXXL Crispy Chicken ; Shinlin Taiwan Street Snacks

hey readers :)

maaf kerana agak lama mendiamkan diri . mengambil masa untuk diri sendiri . menghayati zaman kejatuhan . untuk redha menerima kenyataan . eh abaikan kisah ngarut itu . sekarang aku sudah normal . sudah mampu tersenyum . wink :)

rindu mahu bercerita dengan my baby bloggy tentang activity kehidupan sekarang . sejak bergelar student , amat jarang entry berkisar kehidupan harian kan ? itu tandanya di sini tiada activity yang menarik dilakukan . hidup hanya untuk belajar . well .

jumaat yang lepas , akibat hasutan dari rakan sebaya . lassie telah pergi berjimba di batu pahat mall . eh lassie duduk sini amat jarang keluar ke mall aw . *kenyit2 mate* acahnya nak teman kawan cerita ombak rindu . tapi akibat tidak mahu bersikap kejam pada hati untuk menangis lagi . kami pilih MI4 . yeahh ! aumsome tapi kurang kick . sikit jep kurangnya . hehe

dan tiba-tiba, di hadapan wayang tersebut nampak sebijik kedai bernama Shinlin Taiwan Street Snacks ! OMG ! baru dua hari lepas mengaruk di twitline teringin nak makan ayam shinlin . ape lagi kan ? rejeki rejeki . dan lagi rejeki bile my kawan belanje . lap you lah waney sayam :D


Shinlin Taiwan Street Snacks 

my fav <3
XXXL Crispy Chicken 
only RM6.50 

Handmade Osyter Mee Sua

aummm jemput makan uolls
nomnomnomnom -.-

my friends . farah ngek + waney
thanks babes :)


dan sekarang dah boleh tersenyum sebab hilang teringin . kalau takkkkkkkk. ish =.="

tapi sebenarnya teringin lagi lah ? eh ? kbai

Wednesday, November 30, 2011

Nikmat & Perjalanan Pengalaman Ngeri

hey sumorang :)

lame tak update . busy . biasalah dunia student . eceh . orang lain ? busy jugak kan ?  biasalah aku kan over . last entry nasi pak arab . aku sendiri terasa bagai nak muntah tengok entry tu . kekawan retis lain berlumba-lumba update belog bercerita tentang kisah belajar di tempat baru . aku ? senyap sepi . sampai ade yang terlupa akan belog ni . terlupa belog tak mengapa . jikalau terlupa aku ? =.="

tapi kali ni aku nak berkongsi kisah . kisah pengalaman ngeri . sebenarnya tak ngeri . tapi tak mungkin dapat kulupakan . kerana kesan ada sampai hari ini . kesian kan ? eh tak cerita lagi dah kesian . tapi bagi sesiapa yang ade yang follow fb atau twitter lassie mungkin sudah tawu tentang lassie ade injury di bahagian kaki belah kanan.

yup . dua minggu lepas lassie ade injury di bahagian kaki . terkehel aka terseliuh . kejadian berlaku ketika permulaan kelas di mana saat kaki comei ini melangkah keluar dari kelas dan tetiba terseliuh . secara tiba-tiba . maka selepas tu tak dapat lagi  fokus sepanjang pembelajaran . sakit berdenyut-denyut menyusuk kalbu .

baru membengkak

di fikiran hanya memikir mungkin hanya terkehel biasa tapi rase takot jika melarat . sepantas kilat terus pergi ke pusat kesihatan dan berjaya dapatkan mc selama 2 hari . seronok bukan ? tapi 2 hari tak memandai . sakit nya bukan kepalang . jalan berpaut pada yang kukuh . tapi tak semua yang kukuh tu ada sentiasa untuk kita . bunyi seakan mengeluh , bukan mengeluh . tapi dugaan untuk menghadapi hidup sendiri .

saat membengkak dengan maju,

namun masih ada yang sudi di kalangan yang tidak peduli . terima kasih daun keladi untuk rakan yang mengambil berat . seminggu berlalu , bengkak maken melarat, air mata kian kering di pipi . keputusan untuk pulang ke kampung semakin tekad . pulang untuk berurut .

saat berurut sakit bagai ditimpa-timpa beban ke atas tubuh ini . tetap ku tahan . dan petua diberi oleh mak kesayangan aku . pucuk betik digaul dengan kapur . ku turutkan walau di hati terase geli . geli kerana rupa nya seakan lumut di tepi laut ? eiyuuuu . lumut di kaki ku ? oh tidakkkkk !


dah seminggu telah pun berlalu juga . bengkak semakin surut  . aku telah boleh berlari . namun masih tak mampu untuk menggunakannya secara lasak . tekanan . yup ! tekanan . lagi tekanan kerana aku tak mampu lagi untuk sempurna duduk antara dua sujud di dalam solatku . secebis nikmat telah ditarik . namun aku berharap agar nikmat ini dapat kuperolehi semula . untuk meneruskan kehidupan sebagai seorang hamba di muka bumi ni .

saat menulis entry , masih lagi berada dalam keadaan kurang sihat . doakan saya wahai rakan seperjuangan . maaf jika pertuturan terlalu aneh saat ini taman hati telah terabai . hah . mengarut !

Saturday, October 01, 2011

Nasi Pak Arab UTHM :)

helloooooooooo .

selamat hari sabtu . wake me up when september ends ! yeahh !  saye sudah wake up . kembali berblogging . ecehhh . dari dulu sampai sekarang ni guna alasan busy kalau tak berblogging. anyway takde busy mane pun . cume kehilangan kata-kata untuk menaip jep . alahai gempak gile ayat aku . wuwuwuwu -.-

semalam kan keputusan jpa keluar , dan jawapan agak mengecewakan lassie . "tidak berjaya" . sentap hati ini . takpelah mukim takde rejeki aku disitu . nasib baik dah apply untuk ptptn . kalau tak ? harus terseksa perut den nak kene catu makan . tskkk T______T makan jep keje aku kan ? haruslahhhhh . wek :P

oh sebut pasal makan semalam lepas lassie pegi karnival pc fair , lassie try makan nasi arab kat cafe bangunan G3 dalam UTHM . before ni ramai yang cakap nasi arab kat situ sedap gilos ! so haruslah lassie try kan ? HA HA HA .

nasi arab nom nom nom ;P

jeng jenggg jengggg ~ tu dia nasi arabnya . sumpah lassie tak pernah makan nasi arab before ini . yang macam di atas harga RM5.00, hanya dapat seketul ayam . kite boleh pilih nak ayam seketul, sebelah ayam atau seekor mengikut harga . tapi yang paling lassie teruja kalau untuk harga RM20.00 , dapat seekor ayam dan makan nasik nya dalam satu dulang ramai-ramai . wah !  memang gitu ea ? nampak sangat tak aku batak ! dah memang tak penah makan kan ? batak gile jadinye +.+

dan paling besh kedai pak arab ni air juicenye hanya RM1.00 okeyh ? sangat pekat juicenye . lassie pilih air mix . okeyh fine ingatkan mix lemon dengan ape lah kan . rupanya mix banana dengan betik lah i guess . omg ! pekat gile kowt . mcm makan pisang dah rasanye . hakhakhak.

sengget jep aw :)

tapi kan sebagai tekak melayu, lassie tak berapa suke sangat nasi arab sebab tak pedas . kalau pedas sikit, mesti besh gilos . tapi kalau pedas bukan jadi nasi arab lak kan ? HA HA HA

Wednesday, September 14, 2011

Minggu Haluan Siswa UTHM Seisi 2011/2012

hello sume :)

yey ! alhamdulillah . genap seminggu lassie berada di UTHM Batu Pahat . dan terase rindu sangat nak berblogging . tskkkk . bukan sebab takde mase terluang  tapi kerana my baby vaio tak bawak ke sini . lassie ingatkan masa haluan siswa tak nak bawak sebab hanya orientasi . then cuti 1 malaysia baru nak balik ambil . tapi malang seribu kali malang tak boleh balik sebab ade program sabtu ahad . kesian kat kite kan liyana musang . kan kan ? demn T______________T

dan sekarang lassie terpakse muka kesian dengan roommate untuk pinjam lappy beliau . semata-mata mahu update belog . terlalu gian tak dapat dibendung sudah. agak kesian . phuihhhhhh . emmm . minggu haluan siswa aka orientasi . so far for me sangat lah tidak memenatkan . tapi hanya menantokkan . mungkin kerana  terlalu banyak sangat taklimat . seriusly . jadi ura-ura yang menyatakan orientasi di universiti itu memenatkan adalah tipu :P

mari layan gambar ! tapi lassie tak banyak amek gambar lah . sebab tak sempat lohhh . kalau ade dalam hp takde cable nak transfer . demn ! wuwuwuwu -.-

 bilik saya :)
**baju batik MHS 

 my corner . love it ! :)

 macam dak skema kan ?
aummmmm ~

wif my roommate
**larian kampus ( tapi aku tak larikk pom )

 malam cakna warisan
sambutan merdeka raya :)
** pink untuk kolej kediaman Tun Fatimah . kami menang okeyh malam itu ? :P

 matrik kad . please jangan tengok gambar ku yang huduh itu .
muke budak baru bangon tidow +.+

 teruja form ade tanya blog okeyh ?
gile jakun aku . LOL

okeyh , itu sahaja yang dapat lassie update . seganlah nak pinjam lappy lelama . nanti kalau lassie dah dapat my baby vaio, lassie update blog sampai lebam . itu pun kalau tak busy lah kan ! HA HA HA HA

k bai . go go TF go go TF ( my cheers kolej kediaman **semangat )

eh ?

 


Power by Blogger