Saturday, April 21, 2012

Program Rehlah Da'wah di Masjid UTHM, Parit Raja

Assalamualaikum

Hi !

Pada hari khamis lepas, di Masjid UTHM ada diadakan satu program rehlah dakwah bersama  seorang ulama  terkenal dan masyur iaitu Al'Alamah Habib Umar Ben Hafidz. Apa yang lassie tahu dan nak bagitawu bahawa beliau merupakan nasab keturunan Nabi Besar Muhammad Rasullullah S.A.W. Selebihnya jika ingin tahu tentang beliau boleh rujuk di sini :)

Masjid UTHM Parit Raja, Batu Pahat

Program Rehlah Dakwah
Al'Alamah Habib Umar Ben Hafidz

Anjuran : Pusat Islam Kelab Staf UTHM & Jabatan Mufti Johor

Majlis bermula pada jam 05.00 petang hingga jam 10.00 malam . Tapi  lassie hanya dapat hadir pada sebelah petangnye kerna ade kelas pada belah malam. Terkilan rasanya tak dapat nak dengar ceramah daripada ulama yang masyur . Takpelah mungkin bukan rezeki kan ? =.=

Pada sebelah petang ada diadakan tahlil dan khatam alQuran di Masjid. Makanan turut disediakan untuk para tetamu yang datang. Ada dua jenis nasi iaitu nasi putih ayam sambal dengan nasi beriani. Nasi berianinya memang mantap ! Bab makan lassie memang numb satu kan ? Well . Hehehe . Dikatakan makanan yang disediakan untuk 10ribu tetamu. Woow ! Banyak kan ? Tapi memang tak dinafikan memang ramai yang datang ke Masjid ni .

pening nak pilih nak mana =.=

me w/ hijab 

Anyway terima kasih untuk belog khairulazwa kerana bercerita serba sedikit tentang isi ceramah tersebut . Namun lassie still rasa terkilan tidak dapat pergi kerana jarang untuk kita berpeluang ke majlis ilmu seperti sebegini. Takpe maybe next time kan ? :)

Okey. Now got to go . Happy weekend guys ! :*

2 comments:

  1. bagusnya.
    memang pun jarang dapat peluang macam nie.
    sekali dapat pergi, mesti best.
    tapi kalau dah dekat, tertinggal, mesti rasa rugi. ^^

    ReplyDelete
  2. rindunya zaman study kat sini dulu
    masjid pun dah berubah wajah nampaknya
    huuu... rindu betul

    ReplyDelete

Thanks for comments . You're wonderful :)

 


Power by Blogger