Friday, December 30, 2011

#BestMemoryof2011 : Entry Sehari Sebelum Tahun Baru

hey sumorang :)


selamat hari jumaat . jumaat yang terakhir dalam tahun 2011 . dan esok pula merupakan hari terakhir bagi tahun 2012 . ya Allah , terasa cepatnya masa bergerak . bergerak tanpa belas kasihan . tanpa kita sempat mengambil nafas lega . tercunggap-cunggap rasa . aummm ~


dan yeah ! terbace entry @joegrimjow berkisar tentang kenangan terbaik sepanjang tahun 2011 . wah ~ buat lassie rase turut teruja mahu kongsikan tentang my kenangan terbaik bersama dengan readers dan my baby bloggy . sesungguhnya tahun 2011 memang banyak meninggalkan kenangan yang sangat terbaik dan terindah bagi hidup lassie . love 2011 :)

1) Januari : Wishlist 2010 Tetap Tercapai 
masih ingat entry wishlist lassie untuk tahun 2010 ? tak ingat . sila klik sini laju-laju . act lassie pun tak ingat , lassie selongkar balik entry-entry lama . hak hak hak . tapi akhirnya tercapai juga ingin memiliki my own camera . yeahhhh ! big thanks untuk si dia kerana menghadiahkan sebagai present besday . hik ~

Entry sepenuhnya di sini


2) Januari 2011 : My Baby Blog Bergaya dengan Domain Percuma




ini paling tak di sangka kan ? lassie berjaya dapat tempat pertama giveaway anjuran kak sumijelly . oh my luck ! my baby bloggy semakin bergaya dengan domain baru . dah lama inginkan domain akhirnya dapat percuma dengan hadiah giveaway . maka bertukarlah lassiegewdix.blogspot.com kepada lassiegewdix.com . untunglah =.="

Entry sepenuhnya disini


3) February : Hidup Indah Dengan Blackberry 




woooot woot ! antara wishlist lassie untuk tahun 2011 . walaupun lassie hanya mampu untuk beli curvestudent bak kata my otai bb . tapi bagi lassie cukup amat memandai untuk berhubung dan bersosial dengan rakan-rakan di alam maya . semua di hujung jari okeyh . katanyaaaa . tapi kalau ade rejeki macam nak tukauuu yang lagi uptodate . eh ? :P

Entry selanjutnya di sini 


4) March : Baby Vaio Peneman Hidup




wishlist yang kedua untuk 2011 dicapai ! walaupun sebenarnya ini pun wishlist tahun 2010 . ala lambat setahun je kan ? anyway ini pertama kali dalam hidup lassie beli lappy , sebelum ini hanya mampu pakai komputer je T_____T  dan terima kasih sekali kepada si dia untuk ini .


5) March : Geng Ayam Meriahkan Dunia Alam Maya


family potrait geng ayam :)

geng ayam ? siapa itu geng ayam ? kisah bermula apabila liyana musang menyuarakan #harapan2011 beliau di mana ingin bertemu dengan beberapa orang blogger yang femes . femes itu mereka bukan saya :P


dan selepas satu pertemuan kami telah menjadi rapat sehingga di gelar geng ayam kerana mempunyai dua pengasas ayam iaitu ayeemayam dan belog cap ayam . weee ~


anyway geng ayam, rindu nak merepek meraban seperti dahulu dalam group di facebook . tskkkk =.=

Kisah Entry Geng Ayam 


6) Julai : Pertukaran My Kanc


atas rentetan kejadian accident yang berlaku pada tahun 2009 , dan keadaan masa fizikal yang semakin uzur . lassie cekalkan hati untuk membuat satu pertukaran dimana lassie akan mengambil satu komitmen dalam tempoh masa yang panjang . tapi tidak mengapa . demi untuk kesenangan diri sendiri , lassie mampu telan . oh my new car . sayang kamu sangat . ku rela hilang si dia, jangan kamu hilang disisi . maaf , gambar dan jenis tidak boleh diberi . siapa yang tahu hanya mampu tersenyum . seperti aku :)


7 ) Berjaya Melanjutkan ke UTHM Hadiah Terindah




ini adalah hadiah dengan kenangan yang terindah dalam hidup ini . kerana telah merubah cara bentuk kehidupan lassie dari seorang yang bekerja kepada pelajar . rasa bersyukur sangat kerana berjaya akhirnya setelah hampir 2tahun tidak berjaya . akan ku guna peluang ini sebaik mungkin . Insyallah . pray 4 me :)


* * *

akhirnya .. tamat kisah kenangan terindah dan terbaik . walau masih banyak mungkin kenangan telah dicipta tapi bagi lassie ini yang paling terbaik dan terindah kerana telah banyak merubah cara kehidupan ini . dan juga walau ada kenangan yang tersial terjadi dalam tahun 2011 tetapi bagi lassie tak perlu untuk selitkan peristiwa sial itu kerana itu akan tambah menyakitkan . 


emmm , saya dapat segalanya .. saya mungkin ada segalanya .. tapi ada yang saya gengam terlerai tanpa saya sedar . itu kehidupan . and now . hanya selangkah untuk tahun 2012 ,tiada wishlist atau impian bermain di fikiran . harap yang baik-baik sahaja . itu doaku .


dan akhir . salam sayang mungkin entry terakhir untuk tahun 2011 . muahhhh *gewdix

1 comment:

  1. auwwwww best la kan wishlist dah complete. semoga new wish tercapai walaupun lmbt :D

    ReplyDelete

Thanks for comments . You're wonderful :)

 


Power by Blogger