Monday, April 04, 2011

Terkesima dengan Berita Di Muka Hadapan Harian Metro Hari Ini ! T________T

hello sumorang .

seperti dijangke ! wooooot woooooot ! well, lassie ucapkan tahniah kepada my kesayaman iaitu @Shaheizy_Sam kerana berjaye memenangi Bintang Paling Popular ABPBH 2010 ! oh my baaaaaby , suke sangat you menang aww . kantoi polak mummy yang undikan you kan ? HA HA HA *gile poyo tak ? wek wek :P

dan tahniah juga kepada barisan pemenang yang lain-lain . tiada pengalah , semua pemenang ! :D

dan FYI tadi tengahhari seperti biase mase untuk membaca surat khabar . Harian Metro adalah pilihan hati . ternampak muka depan ! WOW ! my baaaaaaby ! Shaheizy_Sam . biler nak kawen ? lalalalalaa ~

tapi feeling gewdix tu termati apabila terpandang berita di sudut sebelah . cepat-cepat selak ke muka surat 6 ! berita tentang ape ? seorang murid tahun satu dibelasah oleh guru sehingga meninggal . OMG ! bayangkan kanak-kanak yang masih kecil berumur 7tahun di belasah teruk . ape lah dosa kanak-kanak tersebut . berlinang air mate lassie bace aww , lagi-lagi beliau merupakan anak tunggal di dalam keluarga . sedihnyeee .

mari kite berdoa kepada arwah adik Saiful Syazani Saiful Sopfidee T__________T

KANGAR: Hanya kerana wang RM7, Saiful Syazani Saiful Sopfidee, 7, murid tahun satu sebuah sekolah agama persendirian di Arau, dekat sini, meninggal dunia di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), Alor Setar, pagi semalam, selepas koma sejak tiga hari lalu akibat parah dibelasah gurunya.

Difahamkan, mangsa dipukul dengan teruk kerana didakwa mencuri wang milik rakan sekelasnya.

Mangsa yang sudah kematian ibu, menghembuskan nafas terakhir kira-kira jam 8 pagi selepas mengalami pendarahan dalaman di kepala dan komplikasi jantung berikutan kejadian di bilik asrama sekolah agama berkenaan, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Arau, Superintendan Mohd Nadzri Hussain, ketika mengesahkan perkara itu berkata, murid terbabit disahkan meninggal dunia dan kes kini disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh yang boleh membawa hukuman mati jika sabit kesalahan.


“Kita akan menjalankan siasatan menyeluruh kejadian itu, apatah lagi ia menjadi bertambah serius kerana membabitkan kematian. Semua pihak berkaitan di sekolah agama itu akan dipanggil untuk siasatan.

“Perintah reman terhadap suspek berusia 26 tahun yang juga guru mangsa yang berakhir esok (hari ini), akan disambung untuk tujuan siasatan,” katanya enggan mengulas lanjut kes itu.

Metro Ahad semalam melaporkan Saiful Syazani dibelasah dengan kejam oleh gurunya yang juga warden asrama dalam keadaan kedua-dua tangannya terikat pada tingkap asrama sehingga menyebabkan mangsa koma dalam kejadian pada kira-kira jam 7 malam, Khamis lalu.

Mangsa dikatakan berjaya membuka ikatan tangannya untuk melarikan diri sehingga menimbulkan kemarahan guru terbabit yang kemudian memukulnya tanpa belas kasihan.

Selepas memukul kepala, suspek dikatakan `naik hantu' dan menggoncang badan mangsa serta menolaknya dengan kuat ke dinding yang dipercayai punca utama murid itu mengalami pendarahan dalam kepala dan komplikasi jantung.

Suspek yang mungkin menyedari kesalahannya dan menyesal dikatakan sempat bersolat hajat sejurus dimaklumkan doktor bahawa mangsa dalam keadaan kritikal sebelum bergegas ke Alor Setar dengan menaiki motosikal untuk melihat keadaan murid terbabit.

Guru terbabit menyerah diri di Balai Polis Arau, Jumaat lalu, selepas bapa mangsa, Saiful Sopfidee Marzuki, 34, membuat laporan di Balai Polis Alor Setar, pada jam 8 malam hari kejadian.

Sementara itu, Pengarah Pelajaran negeri, Mansor Lat, ketika dihubungi berkata, pihaknya menyerahkan kes itu kepada pihak polis kerana sekolah itu milik persendirian dan bukannya di bawah seliaan jabatan berkenaan.

“Kita tidak mahu campur tangan dalam kes ini dan menyerahkan kepada pihak polis untuk mengambil tindakan terhadap mereka yang terbabit.

“Kami amat sedih dan dukacita di atas kejadian ini dan jika benar perbuatan guru memukul hingga menyebabkan kematian murdnya, ia di luar bidang kuasa guru dan tidak sepatutnya berlaku,” katanya.

Dalam pada itu, pengetua sekolah agama terbabit, Yaakub Abu Soman berkata, pihaknya tidak akan membuat sebarang ulasan berhubung kejadian itu yang membabitkan guru dan murid sekolahnya atas arahan polis.

“Kami akan mengadakan sidang akhbar selepas tempoh reman terhadap suspek tamat nanti,” katanya.

Bapa mangsa, Saiful Sopfidee berkata, jenazah anak tunggalnya hasil perkongsian hidup dengan arwah isterinya, Jahiyah Che Amat, dikebumikan di Tanah Perkuburan Tok Paduka di sini, petang semalam. Dia juga berharap guru terbabit dikenakan tindakan tegas mengikut peruntukan undang-undang kerana perbuatannya yang tidak berperikemanusiaan itu.

semoga rohnya dicucuri rahmat . Amin.

sumber : bharian online

17 comments:

  1. hurm.
    kesian budak tu.
    kecik lagii..
    kejam betol.

    ReplyDelete
  2. giler kejam cikgu yg blasah budak tu..
    dh blasah terok2 bru rase menyesal..
    hurm..

    ReplyDelete
  3. Kesian sangat kat arwah. Tak dapat bayang camane seksanya arwah dibelasah dengan cikgu tu. huhuhu~ semoga roh arwah berada di kalangan orang-orang yang beriman. Dan cik Yana harap, cikgu tu akan dapat pengadilan yang setimpal dengan apa yang dia dah buat.

    Entry terkini: Hadiah dari Johor dah sampai. Thanx cik Ailyl :)

    ReplyDelete
  4. ya allah ..
    kejam nye cikgu uh ..

    ReplyDelete
  5. kesiannya arwah tue, bodoh punya cikgu tue, tak ada otak lansung, sampai nak pukul budak tue sampai mati.

    harap sangat cikgu tue kena hukum gantung sampai mati!

    ReplyDelete
  6. lassieee.rindu..
    header da cantek.

    oh dem.
    gila binatang cikgu dia.
    budak mcm tu sanggu dia belasah.
    al fatihah buat arwah.

    ReplyDelete
  7. ya Allah, sampai mati budak tuu di pukul. dah la di buat secara kejam. tak berhati perut langsung. memang patut dihukum!

    ReplyDelete
  8. nanti i ada anak, i takkan bg cikgu sentuh anak i, manusia tak suka di kasari, budak ke mak budak ke sama je ! didik lh budak tu tp jgn ikut hati nk pukul dia :((

    ReplyDelete
  9. pukul tu perlu tp utk mengajar. ni dah sampai tahap membunuh ni apahal? tak bermoral punya cikgu.

    ReplyDelete
  10. naper lah dunia nih makin kurang kasih sayang kan?

    ReplyDelete
  11. astaghfirullah halazim.i ade bace :(( sedih sgt

    ReplyDelete
  12. masa dgr berita ni dkt tv3 i menyirap gile.rs nak tgok je muka cikgu tu dn belasah die plak.geram seyy!

    ReplyDelete
  13. alfatihah buat arwah! kesian dah la anak yatim, org plak aniaya dia..tsk!

    ReplyDelete
  14. DIA TIDAK LAYAK DI PANGGIL CIKGU!DIA ADALAH LEBIH LAYAK DI GELAR SEBAGAI PEMBUNUH!!!

    ReplyDelete

Thanks for comments . You're wonderful :)

 


Power by Blogger