Tuesday, March 08, 2011

Salam Hari Wanita Sedunia :)

hello sume ;)
Hari Wanita Antarabangsa atau Hari Wanita Sedunia disambut setiap tahun pada 8 Mac.
wanita ?

siapa ?

mereka ? dia ? saya ?

kami ! YEY !

SELAMAT HARI WANITA SEDUNIA KEPADA SEMUA WANITA-WANITA :)



Matlamat

Wanita hendaklah diberikan hak serta peluang yang sama rata sama ada dalam bidang pendidikan, kerjaya mahupun pembuatan keputusan. Wanita bergelut dengan kerjaya demi menyara keluarga dan diri, sedangkan pada masa yang sama, turut menjadi seorang ibu mahupun isteri di rumah.

Wanita terpaksa bertungkus-lumus mencari nafkah bersama-sama suami mahupun bersendirian. Ada ketikanya, mereka tidak dapat menumpukan perhatian kepada tanggungjawab membesarkan anak sepenuhnya.Ibu yang bekerja bimbang tentang keselamatan serta kebajikan anak yang ditinggalkan di pusat-pusat jagaan.Tambahan pula, kos menghantar anak ke pusat jagaan atau didikan awal yang menawarkan perkhidmatan atau kemahiran tambahan agak tinggi. Umumnya, perkhidmatan jagaan anak mahupun didikan awal kanak-kanak yang berkualiti merupakan prasyarat penting kepada wanita yang bekerjaya 

Tuntutan Wanita

1. Cuti bersalin yang lebih untuk menjaga dan menyusu anak.
2. Insentif kepada suri rumah sepenuh masa. Pada 2004, seramai 2.79 juta wanita di Malaysia menjadi suri rumah sepenuh masa.
3. Ujian saringan kesihatan asas percuma setiap dua hingga tiga tahun sekali.
4. Sistem kehakiman yang lebih `mesra wanita’ dan cekap dalam menangani kes-kes berkaitan keluarga. Malangnya, hakim wanita masih belum dilantik di mahkamah syariah. Ramai yang tidak bersetuju perlantikan wanita menjadi hakim di mahkamah syariah.Kajian Prof. Madya Noor Aziah Awal (UKM) 2001 mendapati 19 % kes perceraian masih tertangguh di mahkamah syariah Negeri Selangor dalam masa 12 bulan berbanding 30 % di mahkamah sivil.
5. Keselamatan wanita dan kanak-kanak terjamin dan terpelihara terutama bebas dari ancaman mat rempit dan ragut. 

Nabi Muhammad dan Wanita
Nabi Muhammad menjadi contoh ikutan kita semua. Nabi suruh wanita menutup aurat bukanlah kerana mahu mengurangkan hak wanita untuk dedah sana atau dedah sini. Tetapi meninggikan martabat wanita beriman itu menjadi seumpama mutiara yang tidak ternilai. Dalam sejarah, Nabi tidak pernah memarahi dan memukul isteri-isterinya. "Dikalangan lelaki, akulah yang paling terbaik melayan isteri". Syerga anak-anak berada di bawah telapak kaki ibunya.

last, mari kita layan ini :)


//kan seronok kalau hari ni semua wanita dapat cuti ? :D

sumber : here

11 comments:

  1. haha, setuju, patutnya kami diberikan cuti :(

    ReplyDelete
  2. Cuti bergaji! Suri rumah pun dapat pencen. Haha ;D

    Selamat Hari Wanita Lassie sayam ;)

    ReplyDelete
  3. i setuju insentif utk suri rumah :D

    ReplyDelete
  4. hari lelaki bile ea ? heee ~ :P

    ReplyDelete
  5. wahh,kalau laki dpt cuti habislah dunia. heheheh..

    tp kalau suri rumah dpt bercuti ok jgk kan..

    ReplyDelete
  6. Selamat menyambut Hari Wanita Sedunia. Kasih sayang dan bakti yang dicurahkan tidak ternilai

    ReplyDelete
  7. slamat hari wanita sedunia lassie :)

    ReplyDelete

Thanks for comments . You're wonderful :)

 


Power by Blogger