Friday, March 25, 2011

Bukan Kerana Keputusan SPM Teruk ? Tapi Kerana Putus Cinta ?! Punca Si Gadis Cuba Bunuh Diri di KB MALL ?

selamat pagi cikguuu *gaye upin ipin

wahhh , pagi-pagi datang terus menaip . tapi sebelum tu dah sapu office . motif nak tunjuk rajin di pagi jumaat yang aman ini . hakhakhak . okey teruskan pengerusi tentang isi-isi penting . ini entry bersambung dari entry asal iaitu Keputusan SPM Teruk ? Punca Si Gadis Cuba Bunuh Diri di KB MALL ?

kenape bersambung ? sebab nak memberitahu bahawa punca si cek mek molek tu bunuh diri bukan kerana keputusan spm yang dihebohkan itu. tetapi disebabkan hati yang parah terluke hangus terbakar akibat masalah cinta yang dihadapi bersama teman lelakinye . masalah cinta ? bunuh diri ? terjun bangunan ?

omg ! lassie tak nak komen banyak tentang punca cik mek molek tu cube bunuh diri . sebab terase kesian sangat dan rase nak maki-maki . daripada den yang dapat dosa dok maki-maki . baik lassie doakan beliau dilindungi dan dipermudahkan segala urusan beliau di dunia dan akhirat . itu yang sebaiknye kan ?

ade otak , fikir . ade perasaan , hayati  :)

sumber : here

Hukum Bunuh Diri Dalam Islam

Kesalahan membunuh diri merupakah satu kesalahan yang terlalu besar. Orang yang membunuh dirinya akan diazab di akhirat kelak sebagaimana dia membunuh dirinya di dunia sepertimana dijelaskan oleh Nabi S.A.W.

Abu Hurairah R.A. meriwayakan dari Nabi S.A.W.

مَنْ تَرَدَّى مِنْ جَبَلٍ فَقَتَلَ نَفْسَهُ فَهُوَ فِي نَارِ جَهَنَّمَ يَتَرَدَّى فِيهِ خَالِدًا مُخَلَّدًا فِيهَا أَبَدًا وَمَنْ تَحَسَّى سُمًّا فَقَتَلَ نَفْسَهُ فَسُمُّهُ فِي يَدِهِ يَتَحَسَّاهُ فِي نَارِ جَهَنَّمَ خَالِدًا مُخَلَّدًا فِيهَا أَبَدًا وَمَنْ قَتَلَ نَفْسَهُ بِحَدِيدَةٍ فَحَدِيدَتُهُ فِي يَدِهِ يَجَأُ بِهَا فِي بَطْنِهِ فِي نَارِ جَهَنَّمَ خَالِدًا مُخَلَّدًا فِيهَا أَبَدًا

Maksudnya: "Sesiapa yang terjun dari bukit membunuh dirinya, dia akan terjun ke dalam neraka jahannam kakal di dalamnya selama-lamanya. Sesiapa yang meminum racun membunuh diiri, racun itu akan berada di dalam gengamannya, dia akan menghirup racun itu di dalam neraka jahannam kekal di dalamnya selama-lamanya. Siapa yang membunuh dirinya dengan besi, maka besi itu akan berada dalam gengamannya, dia akan menikamkannya di perutnya di dalam neraka jahannam, kekal di dalamnya selama-lamanya." (HR al-Bukhari dan Muslim)

Dan Nabi sendiri tidak menyembahyangkan jenazah orang bunuh diri sebagai pengajaran bagi orang lain. Maka menjadi sunnah kepada para ulama dan orang yang dipandang mulia, tidak menyembahyangkan jenazah orang yang mati membunuh diri sebagai mengikut perbuatan Nabi S.A.W. dan sebagai pengajaran kepada orang lain.

Daripada Jabir bin Samurah (

جابر بن سمرة ) R.A. katanya:

أُتِيَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بِرَجُلٍ قَتَلَ نَفْسَهُ بِمَشَاقِصَ فَلَمْ يُصَلِّ عَلَيْهِ

Maksudnya: "Didatangkan kepada Nabi S.A.W. jenazah seorang lelaki yang membunuh diri dengan anak panah, lalu baginda tidak menyembahyangkan untuknya." (Muslim)

Sumber : here

6 comments:

  1. mengarut je ni..bodoh sangat pasal cinte nak tempah tiket g neraka..

    ReplyDelete
  2. TAK GUNA AKAI KA...KERANA CINTA SANGGUP BUNUH DIRI..SO STUPID

    ReplyDelete
  3. ish, mintak2 i tak jadi macam ni oh. tp dia selfish jugak la, tk fikir ke mak ayah dia? haihh.

    ReplyDelete
  4. Ya Allah...bgus lassie, kite doakan dia oke :)

    ReplyDelete

Thanks for comments . You're wonderful :)

 


Power by Blogger