Monday, July 19, 2010

Sedikit Tekanan Tentang Kehidupan :(


lesu .
aku dengan perjalanan kehidupan yang bergerak kini .
tetapi aku tidak boleh tertunduk lesu .
kerana aku bukan hanya memandang jalan perjalanan .
malah aku turut berjalan mengikut alur perjalanan kehidupan itu .
banyak halangan di dalam perjalanan ini .
jatuh bangun itu sudah pasti .
hati sudah mati , perjalanan mesti diteruskan ke akhir detinasi .
niat hati tidak mahu rebah di telan arus perjalanan yang deras .
namun .
aku kian letih . makin lesu . dan terus jadi jelik .
melihat semua ape yang terjadi dalam perjalananku .
sehinggakan membuatku teragak-teragak untuk meneruskan perjalanan .
kiri kanan ibarat gaung yang dalam dan sunyi .
harus berhati-hati agar tidak terjatuh .
terjatuh sama seperti mereka .
ya . aku melihat mereka .
jatuh . . 
tetapi siapalah aku untuk menghulurkan tangan untuk  mereka bangun seiring ku .
mereka yang memilih untuk berada di situ .
aku ? hanya mampu untuk menjatuhkan air mate .
tapi itu sume untuk ape ? ape yang aku dapat ?
perjalanan masih diteruskan .
terdengar suara sumbang yang menjerit , yang berbisik .
setiap kata yang dikatakan amat berbeza .
walau aku tawu setiap yang dikatakan adalah sama makna .
tapi kenapa mesti ade perbezaan ?
mana pegi ketulusan sebuah kata-kata ?
hilang ? ditelan bumi ?
aku sendiri tak pasti .
ya . semakin aku melangkah teruskan perjalanan ini .
semakin takut . semakin hilang semangat .
takut melihat keadaan sekeliling .
yakni melihat mereka yang kian jauh di alur perjalanan hidup yang lurus .
hah ! aku hanya mengeluh dan melangkah teruskan perjalanan .
ketakutan untuk melangkah semakin kuat .
kerana hakikatnya aku melangkah beriringan dengan mereka .
dan hanya aku yang belum terjatuh .
mungkin satu hari nanti ?

4 comments:

  1. erm,,hidup mmg penuh dgn dugaan..
    tabahkan hati :D

    cuba ni virus datang menyerang

    ReplyDelete
  2. yup, sabar ye.. :)

    ReplyDelete
  3. perjalanan mesti diteruskan . ini kan kehidupan . selagi masih boleh bernafas . kita hanya mampu menelan segala pahit manis hidp .
    life must go on hazwani :)

    aku ade untuk kau .

    ReplyDelete
  4. hurmmmm.

    sedikit terasa entri ini. tachinggg :(

    ReplyDelete

Thanks for comments . You're wonderful :)

 


Power by Blogger