MAKLUMAN GERHANA BULAN
14 MUHARRAM 1431H
31 DISEMBER 2009
14 MUHARRAM 1431H
31 DISEMBER 2009
Pada 1 Januari 2010, kita akan berpeluang untuk menyaksikan Gerhana Bulan Separa dari jam 1:17 pagi hingga 5:28 pagi. Secara amnya gerhana bulan akan berlaku ketika fasa bulan penuh dan pada masa yang sama Bulan melintasi bayang Bumi. Gerhana pada 1 Januari ini akan bermula dengan fasa penumbra ( P1 ) pada jam 01:17 pagi waktu Malaysia.
Walau bagaimanapun semasa fasa penumbra ini, kesan kenampakan gerhana masih tidak dapat diperhatikan memandangkan Bulan merentasi bayang penumbra Bumi yang kurang gelap.
Gerhana yang jelas dapat dilihat semasa Bulan memasuki bayang umbra Bumi ( U1 ) mulai jam 02:53 pagi sehingga gerhana maksimum pada 03:24 pagi. Bulan akan keluar dari bayang umbra Bumi ( U4 ) pada jam 03:53 pagi. Gerhana masih terus berlaku sehingga 05:28 pagi tetapi fenomena tersebut tidak dapat disaksikan pada waktu itu kerana Bulan berada di kawasan bayang Penumbra Bumi yang kurang gelap.
Selamat Menyaksikan Gerhana Bulan mlm ini.
;)
* Sembahyang sunat gerhana boleh dilakukan bermula 2.53 sehinga 3.24 ini kerana waktu itu kelihatan gerhana.
happy nw year dearie lassie :)
ReplyDelete